Khamis, September 26, 2013

Al-Fatihah : Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak Meninggal Dunia


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Kedah pada pukul 11.15 pagi tadi.

Jenazah akan disembahyangkan jam 3.00 petang dan dikebumikan pada pukul 5.30 petang di Masjid Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham. Al-Fatihah.

Sementara itu - PM ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar di sini hari ini.

"Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.

Azizan, 69, yang dilaporkan kritikal semalam akibat masalah jantung, meninggal dunia hari ini pada kira-kira pukul 11 pagi.

Pada awal Mei lalu, Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan mendapat rawatan di Kedah Medical Centre (KMC).

Selain Perdana Menteri, ucapan takziah juga dizahirkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Al-Fatihah. Takziah kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Semoga beliau ditempatkan bersama orang orang yang beriman," katanya dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.

Suara Politik
Belantan





Tiada ulasan: