Sabtu, September 14, 2013

Ustaz Nasharuddin : PAS perlu kaji semula tahaluf siyasi


Bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mencadangkan agar PAS membuat penilaian dan mengkaji semula tahaluf siyasi antara mereka dengan DAP.

Ini ekoran katanya, DAP semakin bersikap terbuka dan bersuara lantang, apatah lagi apabila Ahli Parlimen DAP kini semakin memberi tekanan berkaitan hal kepentingan Islam.

“PAS perlu berbincang lebih serius dengan pakatan di samping mengkaji semula tahaluf siyasi antara mereka.

“PAS perlu bertindak dengan lebih cepat, jika tidak sudah tentu akan melunturkan kekuatan PAS dan memberi kesan yang besar kepada seluruh umat Islam,” ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMA.


Jika sebelum ini DAP bersuara mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dan baru-baru ini Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pula meminta agar kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan terhadap isu penukaran agama kanak-kanak oleh sebelah pihak.

Dan terkini, Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen (DAP) menggesa kerajaan menarik balik subjek Tamadun Islam dari universiti swasta dengan alasan tidak memberi impak kepada kemajuan pelajar.

Bahkan di samping itu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming (DAP) juga mendesak lima negeri agar meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang masih memberi kuasa kepada seorang daripada penjaga untuk menentukan agama anak bawah umur.

Oleh yang demikian, Ustaz Nasharuddin menegaskan bahawa kelantangan DAP bersuara dalam isu yang membabitkan kepentingan Islam ini perlu dipertahankan oleh PAS dan jika tidak PAS seharusnya wajar mengkaji semula tahaluf siyasi antara mereka demi kepentingan Islam keseluruhannya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: