Isnin, September 02, 2013

Di Indonesia hina bendera kebangsaan akan dikenakan tindakan undang-undang, di Malaysia mereka terlepas begitu sahaja?

Hishamuddin Rais (Bapuk tua Tukar Tiub) memegang bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan Malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Aktivis propembangkang hina Jalur Gemilang

Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di sini malam kelmarin dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Malah, aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelar bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.

Beliau turut tidak menghormati sejarah negara dengan mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan adalah 'hari malapetaka'.

"Saudara-saudara! Lupakan jalur temberang, ini (Sang Saka Malaya) adalah bendera baharu untuk negara Malaysia.

"Jalur temberang ialah bendera tipu daripada Amerika.

"Bendera Sang Saka ini adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.

"Bendera ini telah dinaikkan oleh rakyat pada tahun 1947.

"Malam ini adalah malam bersejarah, kita kibarkan Sang Saka. Inilah bendera rakyat Tanah Melayu.

"Inilah bendera yang akan menjadi negara kita apabila negara kita bebas daripada United Malay National Organization.

"Ingat, 31 Ogos bukan Hari Kemerdekaan. 31 Ogos adalah hari malapetaka," katanya seperti dipetik menerusi rakaman video yang dipaparkan di portal RakyatNews.my (http://www.rakyatnews.my) hari ini.



Turut kelihatan bersama Hishamuddin dalam rakaman video itu ialah aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim.

Sementara itu, seorang lelaki yang kurang senang dengan perbuatan biadab kumpulan aktivis propembangkang merampas bendera Sang Saka Malaya ketika Sasterawan Negara, A. Samad Said sedang berucap di Dataran Merdeka.


Lelaki terbabit juga menegaskan Sang Saka Malaya bukan bendera negara sambil menunjukkan jarinya ke arah Jalur Gemilang yang dikibarkan berhampiran lokasi kejadian.

Bagi penulis, tindakan lelaki berkenaan harus dipuji dan diberi penghormatan. Terdiam A Samad, Said, Adam Adli, Blogger Tukar Tiub( Bapuk Tua ) dan beberapa lain yang sedang berucap di situ. Penulis juga sedang menunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan biadap aktivis-aktivis yang melampau ini?

Jika di Indonesia sesiapa yang menghina bendera kebangsaan akan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi di Malaysia adakah mereka terlepas begitu sahaja?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: