Khamis, Ogos 29, 2013

Ikutkan usia sudah 47 tahun, tapi DAPig masih belum matang dan cakap tak serupa bikin?


Penganalisis politik mempertikaikan keputusan DAP yang memutuskan untuk tidak membuat penamaan calon baru bagi mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, sikap DAP tidak memberi ruang kepada muka baru jelas menunjukkan ketidakmatangan parti itu.

Beliau menegaskan jika DAP benar-benar telus dan ikhlas, parti itu sepatutnya memulakan proses pemilihan CEC mengikut prosedur bermula daripada penamaan calon.

“Dalam pemilihan semula ini, parti DAP sepatutnya bersikap terbuka. Mereka sepatutnya membuka peluang kepada muka baru yang mempunyai kredibiliti dan kelayakan yang tidak berpeluang untuk bertanding pada kongres tahun lalu.

“Mereka juga sepatutnya mendakap peluang ini dengan membuka kepada semua kelompok yang berkepentingan di dalam negara ini untuk masuk bertanding,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Kata Mansor, jika sebaliknya seperti yang diputuskan DAP untuk menggunakan senarai nama calon yang sama pada kongres tahun lalu, parti itu terbukti enggan melihat perubahan dalam keputusan pemilihan 29 September nanti.

"Bagi saya DAP cakap tidak serupa bikin, parti itu banyak menyalahkan pihak lain sebaliknya mereka sendiri tidak mengotakan apa yang dikatakan sebelum ini.

“Jadi, saya menyarankan agar parti itu mendalami ilmu literasi politik dan sejarah negara,” ujarnya.

Kelmarin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media memaklumkan perkara ini dan sekali gus bakal menyaksikan hanya calon yang telah bertanding pada Kongres Nasional 2012 sahaja yang akan bertanding semula.

Menurutnya, calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.


Ini kerana katanya, tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon-calon dan ROS juga menyatakan hanya pemilihan semula sahaja harus dibuat.

Mengulas lanjut kesan tindakan DAP yang masih menggunakan senarai calon lama, Mansor berkata, tindakan DAP itu juga akan menimbulkan pandangan sinis daripada masyarakat.

"Kalau itu tindakan mereka yang masih mengekalkan senarai calon sama, di mana demokrasinya?

"Tindakan itu nyata akan menimbulkan pandangan negatif terhadap parti itu sendiri," jelas Mansor.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat pula menyifatkan tindakan DAP tersebut akan menyebabkan berlakunya kontradiksi dengan perjuangan PR.


“PR sendiri mahukan kepimpinan golongan muda dalam parti tetapi apa yang dilakukan oleh DAP ini berlawanan dengan prinsip PR sendiri.

“Dan ini jelas membuktikan bahawa DAP enggan membuat perubahan dan masih mengamalkan gaya politik lama,” katanya.

Beliau selain itu menyifatkan tindakan DAP sebagai menyekat penglibatan ahli baru dalam parti.

“Kena ada penamaan semula, jangan mahu kekalkan senarai lama, bagi ruang orang lain yang mahu bertanding juga. Oleh kerana buat semula pemilihan itu buatlah penamaan (calon) yang baru juga,” jelas beliau.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: