Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Ogos 12, 2013
Sudah Melampau...!!! Surau Di Jadikan Tokong Buddha Di Johor?
Mohon agar pihak yang bertanggungjawab segera siasat !! Satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.
Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.
Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.
Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.
Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.
Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.
Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.
Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.
Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.
Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.
“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.
“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.
Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.
Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.
Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan.
Sumber : Di sini.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
DYMM Sultan Johor bertitah agar bangunan yang sebelum ini merupakan surau namun dijadikan tempat upacara sembahyang Budha tersebut dirobohkan.
Setuju sangat dan jangan lupa pemilik resort itu juga perlu diambil tindakan tegas kerana mengabaikan rumah Allah sehingga dilacurkan menjadi tempat pemujaan Cina Couvenis.
Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini memerintahkan pemilik resort di Sedili Besar, yang didakwa membenarkan surau di resort itu digunakan penganut Buddha, ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.
Pemilik resort berkenaan dibawa ke mahkamah jam 9.30 pagi sebelum Pendaftar mahkamah, Hairul Azhar Mohamad membenarkan permohonan polis bagi menahan lelaki berkenaan.
Polis menahan pemilik resort berusia 45 tahun itu jam 1.30 tengah hari semalam di resort berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Catat Ulasan