Khamis, Ogos 01, 2013

HamPAS...!!! Khalid Nak Tutup Isu Syiah, Salahkan UMNO Pulak?


Bekas Presiden ABIM Dr Yusri Mohamad kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menganggap isu Syiah yang menular di negara ini sekarang adalah propaganda politik Umno.

Katanya, sebagai pemimpin parti Islam, Khalid sewajarnya membantu membendung penyebaran ajaran sesat itu demi menjaga perpaduan ummah di negara ini dan bukannya membuat kenyataan berbentuk politik untuk kepentingan peribadinya.

"Cukup-cukuplah... Pemimpin macam beliau memang tidak patut disokong menjadi pemimpin dalam parti Islam. Saya rasa sikap Khalid Samad perlu disanggah dan ditegur oleh pemimpin-pemimpin dan ulama dalam PAS.


"Jika tidak nampak seperti PAS tidak bertegas dalam soal Syiah jika kenyataan seumpama itu tidak ditegur alim ulama PAS yang lain. Semua orang yang faham agama (mengikut) Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk PAS wajib menyanggah kenyataan beliau.

"Beliau pemimpin PAS, kenyataannya salah. Jika tidak ditegur ia membayangkan seolah-olah ini pandangan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.

Khalid, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat semalam berpendapat isu Syiah sengaja ditimbulkan baru-baru ini sebagai propaganda Umno untuk melaga-lagakan umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata tindakan berkenaan adalah strategi Umno untuk mengekalkan kekuasaan mereka.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim berkata...

Anda boleh membaca kupasan saya mengenai Syiah dalam,"Syiah di Malaysia : Satu ancaman keselamatan negara dan akidah Islam".

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/syiah-di-malaysia-satu-ancaman.html

hangkedee berkata...

Ada orang mengaku tak berak di tengah jalan? Hampas betul Barua Dapig ini.