Selasa, Ogos 06, 2013

Red Bean Army semakin rasis dan melampau?


Isu yang dimainkan oleh Red Bean Army (RBA) semakin bahaya. Ketika UMNO,MCA,MIC dan Gerakan sedang sibuk berhubung pemilihan parti mereka, RBA pula terus melancarkan serangan secara berterusan walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah berakhir.

Apa yang membimbangkan, hampir kesemua isu yang dibangkitkan boleh membakar semangat perkauman.

Jonker Walk

RBA memutar belitkan niat Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron yang sebenarnya mahu menangani masalah kesesakan lalu lintas di Jonker Street kepada isu perkauman. Mereka membuat fitnah mengatakan penutupan Jonker Street adalah satu hukuman kepada masyarakat Cina selepas 93 peratus daripada mereka di peringkat pusat tidak mengundi Barisan Nasional (BN).


Realitinya, dalam isu ini, suatu ketika dulu kewujudan Pasar Jonker Street ditentang oleh DAP melalui Betty Chew yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Laksamana.

Tetapi kini DAP cuba menjadi hero kepada masyarakat Cina apabila terus melancarkan beberapa bantahan di Melaka bagi mempertahankan pasar tersebut. Malangnya, ramai rakyat Malaysia terperangkap dengan persepsi politik perkauman yang disebarkan oleh RBA seolah-olah kerajaan BN hendak menghukum masyarakat Cina.

Dalam isu ini Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz turut mempertahankan Jonker Street untuk diteruskan. Oleh itu mengapa RBA tidak melaporkan pendirian pemimpin UMNO itu?

Alvin dan Vivian

RBA bangkit mempertahankan pasangan kontroversi Alvin dan Vivian apabila menyatakan Bah Kut Teh tidak semestinya babi. Bah Kut Teh sebenarnya merupakan perkataan bahasa Hokkien dan terjemahan literal adalah Bah (Khinzir), Kut (Tulang) dan Teh (Teh). Oleh itu , bagaimana pula babi tiba-tiba boleh menjadi binatang yang lain seperti ayam mahupun itik?


Mereka menuduh tindakan terhadap pasangan itu disebabkan mereka adalah kaum Cina sedangkan Presiden Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali dilepaskan.

Dalam isu ini, dakyah yang cuba disebarkan oleh RBA ialah masyarakat Cina sahaja akan ditangkap manakala orang Melayu kebal daripada segala hukuman.

Sekolah Kebangsaan Sri Pristana

Isu ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan isu perkauman. Murid-murid Melayu juga makan di bilik persalinan itu sebelum Ramadan memandangkan kantin di sekolah tersebut tidak dapat menampung bilangan 350 pelajar pada waktu rehat.


Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam Facebook beliau cuba meniupkan semangat perkauman dengan mendakwa pihak sekolah mengarahkan murid-murid bukan Islam makan dan minum di bulan Ramadan di dalam bilik air bersebelahan tandas. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut telah dimaklumkan mengenai kantin sementara berkenaan sejak Mac lalu. Oleh itu, isu ini tiada kaitan langsung dengan Ramadan seperti mana dihebohkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk RBA.

The New Village

RBA mendakwa kerajaan tidak adil apabila tidak membenarkan filem The New Village ditayangkan berbanding filem Tanda Putera. Lebih parah lagi apabila isu ini dimainkan dari sudut perkauman seolah-olah filem Melayu boleh ditayangkan tetapi filem Cina tidak dibenarkan.

Sebenarnya, apabila pakatan pembangkang menentang filem Tanda Putera, ia menyebabkan penayangannya terpaksa ditangguhkan hampir setahun.


Mereka juga sengaja melupakan bagaimana filem The Last Communist yang diarahkan oleh seorang pengarah berketurunan Melayu iaitu Amir Muhammad turut diharamkan di negara ini.

Oleh itu, adakah benar kaum Cina sahaja yang menjadi mangsa dalam isu perfileman negara atau sebenarnya RBA yang cuba menjarakkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat ?

Tulisan Dr.Mahathir

ARTIKEL bertajuk The Chinese Dilemma yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dikeluarkan oleh Facebook selepas mendapat bantahan daripada RBA. Isu ini diputarbelitkan sehingga mereka menuduh Dr.Mahathir anti Cina. Namun semua orang masih ingat bagaimana Dr. Mahathir juga pernah menyerang orang Melayu melalui tulisannya dalam buku ‘The Malay Dilemma’.


Bukankah ia membuktikan bekas Perdana Menteri itu tidak bersikap perkauman dalam isu ini?

Penentangan Pelan Pembangunan Pendidikan

IA adalah isu pendidikan dan tiada kaitan langsung dengan usaha untuk menentang kewujudan sekolah vernakular di negara kita. Penentangan Dong Zong dan RBA seolah-olah kerajaan BN hendak meminggirkan kepentingan sekolah tersebut.

Hakikatnya, isu yang cuba dimainkan bukannya berkaitan penghapusan sekolah vernakular tetapi waktu pembelajaran Bahasa Melayu ditambah di sekolah itu dan standard Bahasa Melayu disamaratakan di seluruh negara.

Apa kaitannya peningkatan waktu tersebut dengan masa depan bahasa Mandarin? Sedangkan dalam pelan itu itu tidak pernah menyatakan waktu pembelajaran bahasa Mandarin dikurangkan? Adakah dalam pelan tersebut mengatakan sekolah vernakular perlu dihapuskan? Adakah dalam pelan dikatakan bahasa Mandarin dan Tamil tidak boleh diajar di sekolah-sekolah tersebut?


Di manakah silapnya kerajaan apabila mahu pelajar di sekolah vernakular menguasai lebih daripada satu bahasa iaitu bahasa Mandarin atau Tamil di samping bahasa kebangsaan? Adakah dinyatakan dalam pelan tersebut peruntukan akan dikurangkan atau dihentikan kepada sekolah vernakular?

Dalam soal ini kerajaan BN memperuntukkan RM100 juta setahun kepada semua sekolah vernakular berbanding manifesto pakatan pembangkang yang hanya berjanji memberi sebanyak RM 55 juta setahun. Bukankah dalam isu ini BN lebih prihatin terhadap sekolah vernakular berbanding dengan pembangkang? Begitu juga selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), kerajaan BN telah menyediakan enam bidang tanah bagi membina enam buah lagi sekolah Cina di negeri itu. Langkah ini tidak dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Pelantikan dua menteri daripada kaum Cina


RBA sekali lagi memainkan isu perkauman apabila mendakwa, dua pemimpin kaum Cina yang dilantik ke dalam Kabinet tidak fasih berbahasa Mandarin. Adakah seseorang yang tidak tahu berbahasa itu terus boleh dituduh sebagai bukan Cina? Jika begitu adakah RBA hendak mengatakan Mary Yap dan Paul Low adalah orang Melayu atau India semata-mata kerana mereka tidak fasih bahasa Mandarin? -UMO

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Syed Idrus Syed Mustaffa berkata...

HHmm...bagi aku TOLAK AJE PEMIMPIN YANG ADE..NGAN RBA PON TAKUT. TU LAA SAPE SURUH MANSUHKAN ISA.

Unknown berkata...

Perhatian:Racis tu ideologi Cina, Melayu x camtu sbb kita dipengaruhinya, Racis tu umpama Zionist oleh Yahudi Laknatullah....RBA sepatutnya digempur oleh PDRM/SKMM/MKN dll utk dimusnahkan agar x menjadi nanah dan kudis negara berdaulah....Fans Perkauman Teragung kt dunia dimulakan dgn ideologi/doktrin Komunisme/Imperialisme/Zionisme dll berfahaman xselari Islam....Lu Pailang sama Melayu, Wa Sailang sama Cina...search n destroy RBA...lenyapkan dr muka bumi ini!