Jumaat, Ogos 23, 2013

Azilah & Sirul Bebas Dari Tuduhan Bunuh Altantuya?


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.(Dipetik dari Malaysiakini)

Panel hakim yang dianggotai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan permohonan rayuan mereka.

Berita penuh: Hakim tersilap arah mensabitkan Azilah, Sirul Azhar

Mahkamah Rayuan hari ini menggariskan beberapa alasan berhubung keputusan pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh model sambilan, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Salah seorang ahli panel tiga hakim bersidang, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan, kuorum itu sebulat suara berpuas hati bahawa hakim bicara tersilap arah dalam pelbagai aspek ketika mencapai keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-duanya.

Ketika membacakan penghakiman ringkas, Hakim Tengku Maimun menyatakan, hakim berkenaan antaranya gagal menimbang pembelaan alibi iaitu berkaitan diari polis yang mencatatkan Azilah tiada di tempat kejadian, sebaliknya berada di Bukit Aman.

Beliau turut berpendapat, isu bahan letupan C4 dan kawalan terhadapnya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya turut tidak diberi pertimbangan sewajarnya oleh hakim bicara.

Mahkamah turut menyatakan pendirian bahawa hakim bicara tersilap arah ketika memutuskan isu berhubung maklumat yang diterima yang membawa kepada pendedahan Azilah dan Sirul Azhar berhubung tempat kejadian.

Keputusan hari ini bagaimanapun hanya menyentuh isu-isu utama yang dibangkitkan ketika penghujahan yang didengar selama dua hari berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Jun lalu.

Pada sesi penghujahan, peguam bela ada membangkitkan isu kemungkinan hakim bicara telah mengakses bahan-bahan di internet dan mempengaruhinya membuat keputusan tidak memihak terhadap perayu-perayu.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: