Ahad, Ogos 11, 2013

Siasat ucapan raya hina Islam?


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan polis menyiasat laporan laman sosial yang memuat naik ucapan Aidilfitri didakwa menghina umat Islam di negeri ini.

Kementerian juga mahu polis bertindak segera dan tegas terhadap pemilik akuan Facebook itu yang didakwa memaparkan gambar kepala babi bersama makanan tradisi hari raya, ketupat dan lemang dalam ucapan Aidilfitri.

Ucapan kad Aidilfitri itu berbunyi ‘for malay muslim...Selamat hari raya buat semua, nikmati hidangan head roast pork with ketupat’!

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata itu seolah-olah mencabar pihak berkuasa dan sengaja menguji kesabaran umat Islam.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

LU LANGSI CINA, LU MAMPOS LAH!!!