Isnin, Ogos 26, 2013

MB Khalid perlu jawab isu beli lori sampah?


Kerajaan negeri Selangor diminta supaya mengadakan program dialog terbuka bagi menjawab isu pembelian lori sampah yang sehingga kini belum kelihatan menjalankan khidmatnya sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, dialog tersebut perlu dihadiri oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat agar segala persoalan tentang pembelian tersebut dapat dijawab.

"Isu ini bukan satu isu yang kecil kerana ia membabitkan keselesaan dan kesihatan rakyat, jika masalah ini berterusan dikhuatiri negeri Selangor menjadi sebuah negeri yang kotor.


"Saya pernah mengutarakan kebimbangan mengenai pemberian tender kontraktor pembersihan kepada syarikat-syarikat swasta yang diragui kredibilitinya, juga kesahihan pembelian lori-lori sampah tersebut, dan sekarang menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembelian 50 lori sampah jenis kompaktor dari China oleh kerajaan negeri, dan juga pemberian tender kebersihan kepada syarikat-syarikat swasta. Baca di sini.

Sehingga kini, lori-lori sampah yang digunakan di negeri Selangor tidak menepati standard ditetapkan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan rakyat Selangor khususnya di Selayang dan Semenyih.


Jacob berkata, kerajaan negeri perlu memberi penjelasan sewajarnya tentang pembelian lori tersebut kerana ia jelas membazirkan duit rakyat.

"Kerajaan negeri juga dilihat sewenang-wenangnya menyenarai hitam kontraktor terdahulu yang akhirnya kontraktor yang dilantik kini tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: