Jumaat, Ogos 30, 2013

Menjelang Merdeka, DAP Tuduh Orang Melayu Adalah Pendatang?


Ketua wanita DAP, Chong Eng menuduh orang Melayu juga pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia.

“Fikiran di dalam buku ini..yang saya khuatir ialah ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam Malaysia ini.

“Yang sebenarnya..Melayu (juga) adalah datang dari luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah orang asli,”katanya kepada KiniTV.

Kenyataan Chong Eng pada tahun 2011 itu disifatkan blog  the unspinners sebagai kenyataan bodoh yang buta sejarah.



Dzulkarnain Mohd Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) ketika ditemui baru-baru ini mendedahkan terdapat usaha terancang pihak tertentu mahu menghapuskan identiti Melayu-Islam di Malaysia.

Menurutnya Malaysia adalah bumi Melayu sebagaimana nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan ia sebahagian kepulauan Melayu Nusantra.

“Pada 2004, National University of Singapore, penulisnya bernama Timothy P. Bernard telah menulis satu buku yang bertajuk “Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries”.

“Kita tahu siapa di belakang buku itu, seorang tokoh pemimpin veteran Singapura.

“Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu itu diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. Kita tidak akan jumpa buku ini di negara kita kerana diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara.

“Kalau kita pergi ke muzium Singapura, kita akan lihat pertama kali kita melangkah, (ditulis) ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong.

“Bangsa Cina yang mendominasi Singapura, mereka amat mencemburui bangsa Melayu,”katanya.

Selanjutnya sila baca di sini

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: