Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Ogos 05, 2013
Surat misteri Anwar & Karpal : Jelas segera elak tohmahan?
Mereka yang dikaitkan dalam surat misteri seperti didedahkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail diminta segera tampil memberi penjelasan.
Menurut Mazlan, semakin lambat mereka berbuat demikian maka pelbagai prasangka negatif mungkin timbul.
"Sesiapa yang disebut terlibat dalam surat tersebut diminta memberi penjelasan segera kerana perkara itu sudah menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk Permatang Pauh.
"Penjelasan segera amat penting, kalau tidak akan timbul spekulasi yang tidak elok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kemunculan surat misteri yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.
Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.
Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan.
Mazlan yang menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya semalam meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu.
Beliau percaya surat itu dihantar ke kediaman penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula ke rumahnya.
Mazlan memberitahu, sejak pendedahan itu dalam media, beliau menerima beberapa panggilan daripada penduduk Permatang Pauh yang mengakui turut menerima surat sama.
Sementara itu, Anwar & Karpal dicabar saman Mazlan?
Anwar Ibrahim dan Karpal Singh dicabar mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pelbagai pendedahan melibatkan mereka menerusi 6,000 keping surat misteri semalam.
Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.
Apatah lagi, kata beliau, Karpal sendiri sudah menafikan tuduhan yang terkandung dalam surat-surat tersebut dengan dakwaan kandungannya tidak berasas.
"Karpal juga telah memberi amaran kepada Dr. Mazlan untuk bersedia menghadapi akibatnya.
"Memandangkan tuduhan itu serius, maka Anwar dan Karpal tidak perlu teragak-agak memulakan saman fitnah terhadap Dr. Mazlan sebagai usaha membersihkan nama mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Choo Keong mengulas kemunculan surat misteri itu yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang berkenaan yang menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.
Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.-UMO
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan