Isnin, November 05, 2012

Haramkan perkataan ISLAM yang dinamakan kepada parti PAS!






















Berdasarkan kepada pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam, ianya seharusnya diberikan perhatian.

Ini adalah kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH SWT melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’.

Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli.

Demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.

Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan,Terengganu dan Kedah yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan ‘Ikhwanul Muslimin’, di Pakistan ‘Jamiatul Islamiah’, di Indonesia ‘Mahsumi’ yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia).

Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan “PAS itu Islam, Islam itu PAS” serta menuduh kafir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.

Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS pernah dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan November 1994. Tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam.

Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah bagi menentang golongan yang dikatakan mahu membuangkan Islam.

Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud ‘ Tegakkanlah agama (ISLAM) jangan (haram) berpecah belah padanya’.

Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras. Ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum mengetahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.

Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi dan bukannya hasil perjuangan PAS. Walaupun pembangunan dan kemajuan telah dilaksankan, terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini. Itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.

Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu. Umpamanya ketika penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.

Tuduhan dan fitnah itu sudah tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank tersebut sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya. Demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain. Yang menariknya pada hari ini, merekalah diantara pelanggan utama bank tersebut!

Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka. Sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam. Hanya golongan orang yang melampau dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.

Tuduhan PAS terhadap UMNO hendak menghapuskan Islam, nampaknya telah mempengaruhi emosi seorang tokoh agama yang begitu dihormati sehingga tokoh itu sanggup mengatakan orang-orang UMNO beku, jumud dan sempit malah lebih daripada itu mensifatkan mereka lebih teruk daripada orang kafir. Sebagai seorang Ketua Ulamak PAS, kata-kata itu menampakkan beliau tidak begitu sabar dalam menangani masalah umat Islam.

Yang pasti PAS itu bukan Islam. PAS hanyalah sebuah parti politik yang akan bertanding pada setiap kali pilihanraya untuk mendapatkan kuasa! Sudah tidak ada lagi agenda untuk menegakkan negara Islam bagi PAS. Yang ada hanyalah untuk menegakkan negara berkebajikan yang telah dipelupori oleh UMNO lebih setengan abad yang lalu.Wallahuallam.

Suara politik
Taminsari.

1 ulasan:

nonbal berkata...

SYOR DARI TUAN TELAH BANYAK KALI DISUARAKAN. SYOR KERAMAT INI PERNAH MEMBUAT PAS BEBERAPA KALI BERSANDIWARA UNTUK BERGABUNG DGN UMNO. TAHUKAH KITA BAHAWA UNGKAPAN HARAMKAN PERKATAAN ISLAM PADA PARTI PAS, JIKA DISUARAKAN OLEH PEMIMPIN UMNO ATAU ORG BERPENGARUH AKAN MENYEBABKAN PAS MENJADI PATAH TULANG BELAKANG, LANTAS NIK AZIS ATAU HJ HADI AKAN BERPURA-2 INGIN BERBAIK DGN UMNO? SELEPAS REDA ISU INI, MEREKA AKAN KEMBALI KPD SIFAT ASAL MEREKA... SIFAT KHAWARIJ. SAYA DAH LAMA KEEP TRACK TENTANG ISU INI.