Selasa, November 20, 2012

Isu Menteri Besar kuat menipu : Sewa beli bas ada duit, hutang dengan Bank Islam liat pula nak bayar balik?



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau membiayai sepenuhnya kos pembelian bas dua tingkat yang akan digunakan pakatan pembangkang sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 tanpa melibatkan dana kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas bernilai hampir RM650,000 yang dibuat melalui konsep sewa beli.

"Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian.

"Saya turut galakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk buat kajian dan saya (sanggup) memberikan dokumen berkaitan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Jika kita masih ingat pada 30 Ogos yang lalu, Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa bas mewah yang digunakan oleh PKR dalam siri jelajah merdeka disewa oleh beliau untuk jangkamasa 6 bulan.

Sekarang bila sudah kantoi, mengaku pula bas tersebut di SEWA BELI tanpa menyebut bayaran ansuran untuk tempoh berapa lama? Ini bermakna kalau di SEWA BELI samalah seperti kita menyewa beli kereta dengan bank-bank. Kebiasaannya kita menyewa beli kereta selama 5,7 atau 9 tahun dan selepas tamat tempoh tersebut, kereta itu akan jadi hak milik kita.

Manakala MB Khalid pula SEWA BELI bas selama 6 bulan ( jika mengikut apa yang beliau katakan sebelum ini ). Bermakna selepas 6 bulan bas tersebut akan menjadi HAK MILIK Abudul Khalid bin Ibrahim? Klik di sini.

Persoalannya sekarang adalah benarkah MB Khalid membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas bernilai hampir RM650,000 yang dibuat melalui konsep sewa beli?

Harga sebuah bas dikatakan ratusan ribu ringgit. Berapakah bayaran ansuran bulanan jika MB Khalid sebelum ini mengatakan bas tersebut dibayar selama 6 bulan mengikut perjanjian sewa beli ?

Pastinya puluhan ribu sebulan...? Dan sekarang beliau mengatakan ansuran bulanan adalah sebanyak RM10,833, tetapi untuk ansuran berapa lama? Nampak sangatlah MB Khalid sebelum ini sudah terang-terang menipu rakyat Selangor!

Banyak pula duit MB Khalid nak bayar ansuran bulanan bas....tetapi pada masa yang sama liat pula hendak membayar semula hutang dengan Bank Islam sebanyak RM66 juta ringgit?

Yang peliknya masih ada juga bank yang sanggup memberi pinjaman kepada Khalid walaupun nama beliau sudah 'disenarai hitam'kan. Sesungguhnya ini tidak akan berlaku pada rakyat biasa!

Hari itu kata SEWA dan hari ini kata SEWA BELI pula...! Sampai bila nak menipu rakyat wahai Khalid Ibrahim..!!!! Baca seterusnya di sini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: