Jumaat, November 16, 2012

DAP Tolak Dakwaan PAS Bersetuju Sokong Hukum Hudud?



Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw menyangkal dakwaan PAS yang mendakwa kompenan Pakatan Rakyat (PR) menerima perlaksanaan hudud jika pembangkang memenangi Putrajaya dalam pilihan Umum ke-13 nanti.

Menurut DAP, parti mereka hanya menerima kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukannya hukum hudud.

“Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan…saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Semalam Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib seperti dilaporkan berkata PAS telah mendapat kata sepakat dari PR untuk melaksanakan hudud dan akan dibuat mengikut perlembagaan negara.

“Kalau kita majoriti dalam Parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.

“Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tidak setuju, contohnya ada undang-undang jalan raya, orang pun tidak setuju, kerajaan laksana juga,” katanya selepas Merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS, semalam.


Sebelum ini pemimpin PR menafikan membincangkan soal hudud walaupun PAS berkeras mahu melaksanakan hukum Islam tersebut sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Ditanya tindakan Karpal yang menolak pelaksanaan hukuman itu, Harun berkata, pemimpin itu belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.

“Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). Sebelum PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.

“Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam ucaptama mewakili Harun menasihatkan ulama berpegang kepada konsep “Tahaluf Siyasi” atau kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Bagi tujuan itu beliau berkata, ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihan raya bukan Islam di kalangan calon PR.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: