Khamis, November 22, 2012

Isu Selangor : Ronnie Liu tuduh orang ramai punca masalah kutipan sampah di Selangor ?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan kesalahan kepada orang ramai yang dikatakan menjadi punca kepada masalah kutipan sampah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, sikap orang ramai yang suka membuang sampah di kawasan tidak sepatutnya menyebabkan masalah itu berlaku.

''Aduan tentang masalah kutipan sampah disebabkan pelbagai faktor, antaranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya, maka berlakulah pembuangan sampah haram," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) berkaitan aduan sampah tidak dikutip termasuk jumlah sebenar lori kompaktor yang dibeli untuk tujuan pengurusan sampah di negeri ini.

Pada masa sama, Ronnie (DAP-Pandamaran) memberikan alasan bahawa aduan sampah tidak dikutip juga adalah disebabkan terdapat kontraktor sampah yang baharu dilantik kurang arif dengan kawasan kerja mereka.

Selain itu kata beliau, masalah kutipan sampah turut berpunca daripada kenderaan kutipan sampah rosak hingga menyebabkan kerja-kerja lambat dilakukan.

Ronnie turut menyatakan setakat ini sebanyak 50 buah lori kompaktor telah dibeli untuk kegunaan pengurusan sampah di negeri ini yang diuruskan pembeliannya oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: