Khamis, November 01, 2012

Teknologi membrane : Betul ke ianya murah?


Sea Water Desalinantion: Concept Drawing of Membrane Distillation Sea Water Desalination.

Teknologi dari Kanada lebih murah dari bina Langat 2. Itulah antara petikan kenyataan Menteri Besar (MB) Selangor berkaitan alternatif yang lebih murah dan lebih baik berbanding pembinaan Loji Langat 2 yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.

Nampaknya kenyataan MB Selangor ini benar-benar telah mengelirukan orang ramai. Sama ada sedar atau tidak, MB Selangor ada menyebut bahawa dengan penggunaan teknologi membrane dari Kanada, kerajaan hanya perlu melabur sebanyak RM800 juta untuk penghasilan air terawat berbanding kos yang diperlukan untuk pembinaan loji Langat 2 yang kosnya mencecah sehingga RM3 bilion.

Dalam hal ini sama ada MB terkeliru atau sengaja mengelirukan orang ramai, teknologi membrane yang dicadangkan dengan harga RM800 juta ini hanya mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 1 juta liter sehari atau dalam terminologi pengeluaran air 1 Juta Liter per Hari (JLH).


Kos pelaburan untuk Loji Langat 2 pula adalah RM3 bilion untuk pengeluaran 1,300 juta liter sehari atau 1.3 bilion liter sehari. Tan Sri Khalid faham tak beza juta dan bilion?

Untuk teknologi membrane ini menyaingi produksi pengeluaran air sehari Langat 2 maka pelaburannya tentulah lebih daripada RM800 juta yang diperlukan. Jadi apa yang murah sangat?

Lagipun teknologi membrane bukan satu yang baru sehingga seolah-olah boleh begitu mengujakan MB Selangor. Bagi pakar-pakar air teknologi ini memang ada digunakan di beberapa loji di negara ini tetapi agak kurang kerana harganya yang mahal.


Projek Langat 2 akan dibiayai Kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan negeri dan Selangor akan mendapat infrastruktur yang bertaraf mega tanpa suntikan sebarang modal dari kerajaan negeri dan kos untuk projek membrane ini akan ternyata akan menelan belanja yang sememangnya lebih daripada RM3 bilion untuk mendapat impak pengeluaran yang sama dengan Langat 2. Siapa yang akan biaya?

Apakah kegagalan Negeri Kelantan yang menswastakan industri air kepada Syarikat Britain Thames Water Pte Ltd. tidak akan menjadi satu pengajaran kepada Negeri Selangor? Terlalu percayakan kepakaran luar, tapi natijahnya rakyat yang menderita.

Empangan susut teruk pun kerajaan negeri tidak berdaya buat apa-apa, pulak nak berbelanja besar dan memproses air. Air mentah yang nak diproses pun tak ada nanti. Fikir-fikirkanlah..!!!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: