Isnin, Mei 13, 2013

Azmin terus buka pekung?


Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Ali terus 'membuka pekung' parti itu di laman sosial Twitter.

Terbaharu, Azmin menerusi akaun Twitter miliknya mengecam ahli veteran PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali yang terdahulu memuat naik kenyataan dipercayai menyalahkan tindakan beliau mempersoal serta mengkritik kepimpinan parti.

Syed Husin sebelum itu menyifatkan Azmin telah tersilap langkah sehingga menjejaskan kewibawaan dan kredibiliti Ahli Parlimen Gombak itu sebagai individu nombor dua parti.

"Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta kenyataannya menjejas wibawa dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah UMNO menari gembira."


Azmin membalas tweet itu dengan menempelak Syed Husin dan 'mendedahkan' bahawa Ahli Dewan Negara itu tahu apa yang berlaku.

"Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih," tulis beliau.

Tidak terhenti di situ, Azmin terus 'menghentam' Syed Husin apabila meminta beliau berhenti daripada terus berpura-pura.

"Hentikan amalan kepura-puraan. Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh. Kalau kena orang lain, soal kredibiliti. Tuntas!"

Beberapa hari lalu, Azmin mencuri tumpuan ramai apabila membuat kenyataan dalam Twitter yang dipercayai mengkritik pimpinan PKR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Antara kenyataan beliau ialah:

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat."

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara."

"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal."


Kelmarin, Azmin dalam satu sidang akhbar buat pertama kalinya secara terbuka mengakui masalah nepotisme berlaku dalam partinya sehingga mencetuskan kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor.

Pengerusi PKR Selangor itu tanpa berselindung menyalahkan Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada istana Selangor tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan negeri termasuk beliau.-UMO

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Saladin berkata...

Tinggalkan sahaja PKR ..pulang ke pangkal jalan...rakyat yang bijak akan memaafkan anda...