Sabtu, Mei 11, 2013

Pengundi Cina masuk jerat DAP?


Banyak sudah diperkatakan mengenai corak pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini Ahad lalu apabila majoriti pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN).

Apa pun alasan yang diberikan, hakikatnya ialah sekitar 90 peratus daripada pengundi Cina tidak mengundi calon BN tetapi memberikan sokongan padu kepada DAP yang memainkan sentimen kaum Cina. Corak pengundian demikian menyebabkan MCA kalah teruk dengan hanya memperoleh tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kawasan yang ditandingi manakala GERAKAN memenangi satu kerusi Parlimen daripada 11 yang ditandingi.

Kedudukan itu jauh ketinggalan daripada 38 kerusi Parlimen yang diraih DAP hingga menjadikannya parti dominan dalam pakatan pembangkang berbanding PKR dengan 30 kerusi dan PAS dengan 21 kerusi.

Apa pun alasan yang diberikan untuk menunjukkan pengundi Cina tidak bersikap perkauman dan sekadar mahu menunjukkan bantahan kepada MCA dan GERAKAN, hakikatnya mereka sudah menolak BN pada PRU-13.

Timbul rasa sangsi

Corak pengundian mereka juga menimbulkan rasa sangsi dan cemas orang Melayu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, begitu bertolak ansur dengan tuntutan kaum Cina hinggakan sanggup bertemu dengan sebuah pertubuhan rasis, Dong Zong yang tidak mahu mendukung usaha nasional. Inilah juga kenapa ada sebilangan orang Melayu yang tertanya-tanya apa lagi yang orang Cina mahukan?


Apakah corak pengundian itu tidak menunjukkan bahawa orang Cina dalam negara ini tidak menyokong gagasan 1Malaysia yang berterusan diperjuangkan Najib?

Ada juga penganalisis Cina memberi alasan bahawa sebagai suatu bangsa yang amat pragmatik mereka selalunya memberi sokongan kepada pihak yang mereka anggap akan menang dalam sesuatu pertarungan.

Biar jadi pengajaran

Pada PRU kali ini, perhitungan mereka ialah BN akan tewas kepada pakatan pembangkang yang akan membentuk kerajaan seperti digembar gemburkan di merata tempat khususnya menerusi internet melalui slogan ‘Ubah.’

Risalah provokasi yang diedarkan oleh DAP sebelum dan ketika PRU-13!

Penganalisis itu berkata, pengundi Cina kali ini sudah tersilap membuat perhitungan dan harus dimaafkan. Hakikatnya, mereka sepatutnya juga boleh menerima padah daripada tindakan melampau mereka mempercayai kempen DAP yang berterusan memainkan sentimen perkauman.

Apakah salah kiranya orang Melayu menganggap orang Cina tidak mahu menerima baik persahabatan Melayu? Nasib baik naluri Melayu ialah tidak berdendam. Mereka sentiasa bertolak ansur, bukan rasis seperti apa yang digambarkan pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Sikap sederhana orang Melayu inilah juga kenapa kedua-dua pemimpin PERKASA, iaitu Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Nordin ditolak oleh pengundi Melayu. Pendirian itu jugalah yang membuatkan Najib secara spontan mahu berusaha mewujudkan kembali kerjasama rapat antara Melayu dan bukan Melayu khususnya orang Cina demi kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan negara.

Wujud suasana harmoni

Itulah juga kenapa Perdana Menteri sejurus mengetahui BN sudah boleh menubuhkan Kerajaan Pusat, menghulur tangan untuk berusaha mewujudkan kembali suasana harmoni, perdamaian dan keamanan di antara kaum di Malaysia.


Kini sudah pun wujudnya dua corak pengundian, iaitu pengundi luar bandar terdiri daripada orang Melayu tetap dengan BN, manakala pengundi bandar menolak BN.

Penolakan BN di bandar sebenarnya tertumpu kepada dua isu besar yang tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh kerajaan, iaitu soal rasuah yang kelihatan berleluasa dan soal keselamatan orang awam.

Kerenah penjawat awam

Urusan yang memerlukan lesen atau permit masih berhadapan kerenah penjawat awam jika wang tidak dihulurkan. Masalah ini bukan saja dihadapi orang Cina tetapi juga Melayu.

Juga tidak memadai bagi kerajaan dan polis menyatakan bahawa kes jenayah semakin berkurangan sedangkan orang ramai masih cemas dan ramai yang menjadi mangsa jenayah.

Mungkin inilah sebabnya kenapa ramai golongan profesional Melayu mula tidak menyokong kerajaan yang dilihat tidak serius menangani masalah berkenaan. Masanya sudah tiba bagi kerajaan, khususnya kepemimpinan perkhidmatan awam untuk lebih serius menangani masalah ini.

Harus juga diakui bahawa kedua-dua masalah besar di bandar itu tidak dirasai oleh penduduk luar bandar dan itulah juga kenapa mereka berterusan menyokong UMNO dan BN. - BH

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: