Rabu, Mei 22, 2013

Nik Abduh anak Pok Nik cakap tak serupa bikin?



Mungkin kita masih ingat ketika Pas berkempen semasa PRU ke-13 yang lalu, Nik Abduh begitu lantang sekali menghasut rakyat untuk 'merampas' Putrajaya?

Saksikan lah video dibawah ini dari minit ke 2:30!

Antara kenyataan yang cakap tak serupa bikin Nik Abduh anak kepada Pok Nik!

" Mengapa kita mahu ke Putrajaya! Sila jawap...Tuan-tuan semua, kenapa kita mahu ke Putrajaya? Jawapannya ialah kerana Allah mengarahkan kita ke Putrajaya. Allah mahukan kita merampas kuasa itu dari pada musuh Allah dan musuh kita (UMNO)! Jadi insyaAllah kita hamparkan laluan ke Putrajaya dengan permaidani hijau. Dan walaupun bertukar darah dan dengan darah sekali pun, kita tetap akan ke Putrajaya!"

Begitu berkobar-kobar sekali Nik Abduh ketika itu bagaikan dirasuk jembalang!
 " walaupun bertukar darah dan dengan darah sekali pun, kita tetap akan ke Putrajaya!"



Namun selepas PRU-ke-13 dan Menteri KDN pula sudah bertukar tangan, tiba-tiba nadanya berubah sama sekali! Timbul persoalan mengapa Nik Abduh tiba-tiba berubah pendirian? Mana kenyataan lantang beliau yang nak merampas Putrajaya walaupun bermandi dengan darah sekalipun!

Apakah beliau sudah mula gusar dengan penderian keras Menteri KDN yang baru sehingga membuatkan beliau berubah nada?

Nampaknya kali ini Nik Abduh secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas itu mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu adalah gopoh!

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.


Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.

Penulis teringatkan kata-kata yang berkobar-kobar yang keluar dari mulut Nik Abduh ketika beliau berkempen dalam usaha untuk merampas Putrajaya sebelum PRU ke-13 yang lalu dan bandingkan dengan kenyataan beliau yang terbaru! Cakap tak serupa bikin..?

Suara Politik
Belantan

4 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau kita perhatikn dgn cermat, kenyataan2 bbrp pemimpin utama PAS, ada satu ciri yg sama yg ada pd mereka, iaitu tidak konsisten. Itulah masalah utama PAS, dulu ckp lain, skrg ckp lain, agak sukar nk "follow". Tiada pendirian yg tegas. Berpusing2.

ahlee berkata...

laa nama pun PAS cakap MelePAS, bagi duit KEBAS tabagi RAMPAS kempen diPutrajaya pakai BAS ...inilah puakpuak HAMPAS!

Unknown berkata...

tolak politik melam[au. tolak anwar

army of khalifah berkata...

Pada pandangan saya yang tak seberapa ini. Hakikat kepada hasil perjuangan mencari kebenaran dengan berdoa dan solat hajat kepada Illahi telah pun mendapat jawapannya. Dengan turunnya Dewa N.Ajis dari tahta duniawinya, maka sinar baru buat PAS yang lebih mudah mendapat hidayah ke jalan kebenaran yang hakiki., Tampak jalan kedamaian antara saudara2 seagama dan sebangsa semakin jelas, moga Allah akan permudahkan jalannya dengan kehancuran sang Dajal yang bertopengkan manusia bernama Anwar Brahim Laknat. Aminnnnn.

Rahman Beliung.