Jumaat, Mei 10, 2013

Apabila orang MEROYAN dan MABOK kuasa bercakap...!!! 'Rakyat berhak tuntut kemenangan dirampas'?


Melabel penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang menyertai himpunan “Blackout 505” di Stadium Kelana Jaya, malam tadi sebagai tidak menerima hakikat kekalahan adalah satu penghinaan yang besar kepada rakyat.

Membidas tuduhan itu, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berkata, hakikatnya kemenangan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah satu pembohongan secara terang-terangan.

“Sebenarnya kemenangan anda telah dicuri daripada anda. Bagaimana ia boleh diterima? Mereka yang tidak boleh menerima kekalahan dan terpaksa melakukan penipuan itu untuk kekal berkuasa.

“Anda berada di pihak yang benar dan kebenaran akan menang atas kepalsuan.

"... mereka enggan melepaskan kuasa. Jadi, mereka gunakan semua jenis penipuan untuk menutup mulut dan suara anda. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lakukan kerja kotor mereka dengan terpaksa melakukan semua jenis penipuan dan mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang,” katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.


Tegasnya, beliau akan terus membantah penipuan dan tindakan menafikan kemenangan parti pembangkang merupakan sesuatu yang memalukan dalam sistem demokrasi di negara ini. Katanya, peserta himpunan itu berhak untuk menyatakan kemarahan masing-masing setelah undi mereka dirampas.

“Anda mempunyai hak untuk merasa sakit dan dihina dengan tuduhan yang mengatakan anda tidak bersyukur dan tamak hanya kerana anda mengundi Pakatan.

“Mereka kini bermain dengan api perkauman dan menimbulkan kebencian serta menggunakan pelbagai taktik untuk menakut-nakutkan anda.

“Tetapi saya yakin anda tidak takut. Kerajaan Umno-BN yang tidak sah itu tidak mudah untuk menutup mulut anda daripada bersuara dan menuntut hak anda.

“Ini menunjukkan anda tidak akan berhenti sehingga keadilan dan kemenangan akan dikembalikan kepada anda,” ujarnya.


Perhimpunan semalam yang disertai oleh ratusan ribu penyokong PR dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum berhimpun untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap kezaliman dan penipuan pemerintah.

Jelas kenyataan yang dikeluarkan dari mulut Anwar jahanam ini bertujuan untuk manghasut rakyat agar terus mendesak kerajaan yang baru dipilih oleh majoriti rakyat negara ini untuk 'menyerahkan kuasa'. Anwar jahanam masih tidak dapat menerima kenyataan yang dirinya tidak layak untuk menjadi PM!

Perlukah pihak berkuasa tunggu lebih lama lagi untuk bertindak terhadap si jahanam ini yang jelas menghasut rakyat sebelum nasi menjadi bubur?

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sinarai PENGHASUT pakatan ranap DAPigs dari Singapura membakar isu perkauman memehak kepada cina.

Pensyarah dari institusi tertinggi di Singapura yang sentiasa menghentam BN / Umno PM Najib melalui ;
1. Akhbar Singapore Straits Times
2. Channel News Asia
3. Yahoo Singapore
4. Pelbagai video dari you tube
5. Akhbar cina

Nama-nama mereka:
Bersamar sebagai penganalisa politik pro cina DAP/PR, anti-Umno :

Joseph ChinYong Liow
James Chin
Ooi Kee Beng
Khoo Kay Peng
Maznah Mohammad
Wan Saiful Wan Jan
Oh Ei Sun
Farish Noor

Dari akhbar Singapore Straits Times: pro cina DAP/PR, anti-Umno
Carolyn Hong
Anita Gabriel
Yong Yen Nie
Lester Kong
Teo Cheng Wee
Tessa Wong
Reme Ahmad
Leonard Lim
Joyce Lim
Tan Hui Yee
Tham Yuen C

Dari Channel News Asia: pro cina DAP/PR, anti-Umno
Melissa Goh
Glenda Chong
Timothy Goh
May Wong

Semua penyokong Umno mesti tahu musuh dalam selimut ini, dan kalau boleh cari kesalahan mereka sampai dapat. Libatkan mereka dan heret ke mahkamah menyebarkan fakta palsu dan membakar isu perkauman. Mereka sentiasa memburuk-burukkan Umno dan menutup rahsia pekung pakatan ranap.