Selasa, Mei 14, 2013

Khalid terpaksa melawat mangsa kebakaran kerana di tegur Azmin 'tak tahu' buat kerja?


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas panjang berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu sebagai menghormati istana di samping bagi menjaga disiplin dalam parti.

“Sebagai seorang yang terlibat dalam pemilihan, tidak boleh membuat kenyataan akhbar sehingga perkara itu dapat dihadapkan kepada duli yang maha mulia sultan.

“Saya tidak boleh buat (kenyataan). Itu cara Azmin (buat sidang media), kita dalam parti ada disiplin,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan proses penamaan calon bagi jawatan itu yang disifatkan membelakangkan pimpinan parti yang lain, dalam sidang media yang dibuat sebelum ini.

“Tidak timbul isu berhubung penamaan Menteri Besar dalam pentadbiran negeri Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, proses cadangan bagi pemilihan barisan exco negeri telah pun dimulakan dengan mengambil kira pandangan pimpinan dalam parti.

“Perkara ini sudah diselesaikan dan sekarang proses pemilihan mencadangkan nama-nama exco juga sudah dimulakan tetapi selepas MB dinamakan kemudian baru ada perbincangan secara teratur tentang perkara ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa melawat mangsa kebakaran melibatkan lebih 20 kediaman, di Taman Ikan Mas, Cheras, dalam kejadian kelmarin.

Beliau turut menghulurkan sumbangan buat mangsa.

“Sumbangan ini tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah, namun pihak pejabat ahli parlimen akan uruskan proses bagi menempatkan mangsa ke unit-unit lain.

“Dalam masa sama, punca unit kosong yang dibiarkan sehingga menjadi penyebab berlakunya kebakaran perlu diambil perhatian pihak bertanggungjawab,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: