Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, September 02, 2014
Nepotisme PKR terus diselar?
Selepas membidas keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang menamakan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan terus lantang membuat kritikan dalam isu berkenaan.
Kali ini beliau menyentuh mengenai amalan nepotisme dengan merujuk isu pelantikan menantu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2009 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Katanya, ekoran pelantikan berkenaan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dikritik hebat sehingga membawa kepada pengunduran beliau.
Justeru, Ahli Parlimen Temerloh itu mempersoalkan apakah nepotisme hanya terpakai kepada menantu Nik Abdul Aziz tetapi tidak kepada pihak lain termasuk dalam isu Menteri Besar Selangor.
"Pas Pusat menasihati Kelantan dan Abdul Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini. Atau nepotisme hanya untuk Abdul Ariffahmi menantu Nik Abdul Aziz, tidak kepada yang lain," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam, beliau secara sinis menyifatkan keputusan Anwar menamakan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor satu perkara luar biasa.
Sementara itu, Nasrudin mempersoalkan mengapakah nepotisme tidak diterima dalam isu pelantikan Abdul Ariffahmi lima tahun lalu jika amalan itu dibenarkan.
"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baharu sekarang. Sepatutnya ia sudah diterima lima tahun lalu. Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme pada hari ini," ujarnya sinis.
Dalam tulisannya di Facebook, beliau turut memuatkan pautan ke satu video berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung isu pemilihan calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
kritiklah, selarlah dan macam2 lagi gaya tak setuju dengan anwar. kenapa tak berani ambik keputusan tinggalkan sahaja anwar dengan pkrnya? adakah pas tidak biasa kalah dalam pilihanraya sehinggakan jika tanpa pkr, pas takut akan kalah semua kerusi dalam pilihanraya akan datang? parti yang sudah biasa kalah sepatutnya akan mudah mengambil keputusan bagi kepentingan parti sendiri bersesuaian dengan asas perjuangan asal, bukan terikut-ikut dengan gaya songkang rakan sepakatan. tunjukkan bahawa pas memang ada TELUR agar pkr dan dap tidak mengkeldaikan pas. sepatutnya pas adalah abang besar, bukan pecacai angkat najis dalam pakatan...!!!
Catat Ulasan