Sabtu, September 06, 2014

Adakah MB Selangor baharu daripada Pas?


Krisis Menteri Besar Selangor memasuki episod baharu apabila Pas hari ini mengesahkan telah menghantar tiga nama sebagai calon untuk jawatan itu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan ADUN Pas yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.

Berikutan perkembangan tersebut, kemungkinan untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu akan diisi oleh wakil Pas adalah amat besar.

Ini kerana berdasarkan situasi sebelum ini, Istana Selangor dilaporkan menolak calon yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui 'kawalan jauh', dipercayai merujuk kepada Wan Azizah manakala Azmin pula dari awal lagi menolak untuk namanya dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti dipetik daripada portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini memberitahu, senarai nama itu dihantar berikutan titah Sultan Selangor supaya Pas, PKR dan DAP menghantar lebih daripada dua nama.

"Buat masa ini (pengumuman) nama (calon Menteri Besar Selangor) itu biarlah dulu. Jadi (pihak kami menghantar) lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," katanya.

Di TERENGGANU, Mustafa ketika dihubungi berkata, senarai nama calon untuk pertimbangan Istana Selangor itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

Menurutnya, dalam mesyuaratnya baru-baru ini, majlis itu menyenaraikan tiga calon, dua daripada PKR dan seorang ADUN Pas yang telah dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun menganggap tidak wajar baginya untuk mendedahkan nama-nama tersebut kerana berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama-nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," ujarnya.

Menurut Mustafa, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas mengatasi pendirian Jawatankuasa Pas Pusat yang hanya mahu mencalonkan Wan Azizah dan Azmin.

"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak Presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung Pas. Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," katanya.

Jawatankuasa Pas Pusat sebelum ini memutuskan kerusi Menteri Besar Selangor tetap milik PKR dan keputusan Majlis Syura Ulama difahamkan akan menyemarakkan lagi pergeseran dalam barisan kepimpinan Pas dan hubungan dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan bahawa senarai calon itu telah dihantar oleh Pejabat Presiden Pas ke Istana Selangor, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

Ditanya kemungkinan salah satu daripada dua nama calon PKR itu adalah Wan Azizah, beliau hanya menjawab: "Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)".

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Kabus Ibra berkata...

Semuanya tidak akan menjadi..yang wajar dan pasti..perlu kepada pembubaran DUN dan kembali ke peti undi.

Aku doakan parti ahzab akan hancur dengan peperangan diantara mereka..

Demi Allah, aku sayang PAS yg dipimpin oleh Tuan Guru Hadi Awang..

Aku harap dengan hancurnya parti ahzab itu akan keluarlah parasit yg sekian lama merosakkan PAS, segeralah mereka menggabungkan diri mereka dengan mentor mereka dalam PKR.

DAP akan kembali ke zaman gelapnya dan kesedaran orang Islam Melayu pasti akan menjadikannya parti minta sedekah !

Semoga PAS mengambil pengajaran dengan apa yg berlaku dan bertambah matang untuk mencapai mardhatillah.

Sebetulnya dengan pengabungan PAS dengan PR temph hari aku sudah mengekang aktiviti dan mengambil sikap mufarakah dan bertawakuf..

Semoga Allah makbulkan doa ku supaya PAS bebas dari pengaruh parisit al juburit dan bebas dari belenggu sebagai tunggangan PKR dan DAP !!

Sesungguhnya PAS hanya boleh berjaya dengan pertolongan Allah.. bukan dengan ikhsan undi orang kafir musyrikin !!!!

Tanpa Nama berkata...

Smoga doa anda dlm kasih syg Allah. Wpun aq UMNO, aq tetap syg pd sebangsa seagamaku. Smoga 1 hr nanti kita dpt mencari titik persamaan demi maruah agama kita, mungkin pada 1 landasan yg lain, bukan dari jalan kepuakan dan kepartian ciptaan zionis yahudi ini berkurun lamanya.