Isnin, September 01, 2014

Pulak dah...!!! Arahan Rafizi kepada ADUN PKR satu penghinaan?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei mempersoalkan tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mengarahkan ADUN PKR Selangor menarik diri jika dicalonkan sebagai Menteri Besar oleh mana-mana parti selain menganggap arahan itu sebagai menghina mereka.

Shuhaimi berkata, beliau dan rakan lain tidak perlu menarik diri kerana mereka bukanlah orang yang dicalonkan sebagai Menteri Besar sebaliknya hanya dicadangkan oleh parti sekutu lain.

"Cabaran beliau (Rafizi) dilihat menghina kami, seolah-olah kami tidak ada pendirian. Soalan saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini.

"Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan," katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebooknya hari ini.

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei

Shuhaimi berkata, kenyataan Rafizi sejak sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam pakatan pembangkang selain cara beliau itu memberi gambaran hanya pendapatnya sahaja yang betul.

"Saya fikir telah tiba masanya untuk Presiden dan Ketua Umum menegur cara melampau YB Rafizi. Tindakannya telah banyak memberi persepsi yang tidak baik kepada pakatan pembangkang. Pandangan rakyat melihat beliau seolah olah memaksakan pendapatnya untuk diikuti oleh semua orang. Ini sangatlah dikesalkan," katanya.

Shuhaimi dalam pada itu turut memberi amaran kepada Rafizi agar tidak bersikap gopoh kerana ia akan menyerlahkan sikap sebenar beliau yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

"Saya ingin berpesan, hentikan tindak tanduk beliau ini. 'Wayang Langkah Kajang' sudah melabuhkan tirainya. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah berhenti. Berilah ruang kepada pihak Istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur," katanya.

Bagi penulis agak peliklah juga sikap ADUN Sri Muda ini yang nampaknya hendak berbaik-baik dengan pihak istana kerana sebelum ini beliau pernah derhaka kepada Sultan Selangor? Sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

nonbal berkata...

Nak minta presiden dan pemimpin tertinggi menegur Rafizi? gila kah apa, yang suruh Rafizi buat arahan tu datangnya dari kepimpinan tertinggi...