Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, September 20, 2014
Cina Selangor tuntut khinzir untuk perayaan mereka dari kerajaan Pakatan Rakyat?
Akhbar China Press bertarikh 12 September 2014 mengulas tentang dasar pemerintahan kerajaan negeri Selangor yang dilihat berat sebelah.
Artikel bertajuk 'Di hari raya kaum Cina kenapa tidak beri hadiah secara adil' yang ditulis oleh Lai Shao Kuang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C19.
Hari Raya Haji adalah hari raya korban dan penyembelihan binatang ternakan. Orang Islam akan membahagi-bahagikan daging lembu dan kambing kepada orang fakir dan miskin.
Perkara sama dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mengumumkan tujuh syarikat kerajaan negeri Selangor akan menyumbang sebanyak RM2.6 juta untuk membeli 763 lembu untuk tujuan korban bagi diagihkan kepada orang Islam.
Cuma yang menjadi persoalan kita kenapa perkara sama tidak dilakukan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina dengan menghadiahkan 500 khinzir untuk upacara sembahyang?
Jika dianggap menghadiahkan khinzir itu terlalu sensitif, kerajaan negeri boleh menghadiahkan 5,000 ayam dan itik untuk kaum Cina miskin bagi menunjukkan kerajaan pembangkang prihatin dan telah membuat pembaharuan dalam pentadbiran berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Lebih 90 peratus orang Cina di Selangor telah mengundi pihak pembangkang, tetapi tidak kelihatan pun kerajaan negeri menderma jutaan ringgit atau bunga dan kuih kepada kuil Buddha sempena Tahun Baru Cina.
Semasa susah sama-sama pikul, tetapi masa senang tidak nampak sama-sama menikmatinya. Jangan kata seekor khinzir, sebiji limau Mandarin pun tidak pernah dihadiahkan ke kuil-kuil.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!
Tak perlu berdolak-dalik...
Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???
Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???
Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!
Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...
Sumber berita
>>>> Klik Di Sini
Catat Ulasan