Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Disember 01, 2012
Isu Selangor : ADUN Sekinchan diselar bawa isu lapuk?
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) hari ini menyelar tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) kerana membangkitkan isu tender agihan kuota benih padi sah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Mohd. Shamsudin berkata, perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah diperjelaskan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam sesi sidang Dewan Rakyat, Oktober lalu.
"Kenapa perlu dibangkitkan lagi dalam sidang dewan ini, sedangkan menteri telah memberikan penjelasan panjang lebar tentang isu tender benih padi sebelum ini di Dewan Rakyat.
"Mengapa pada waktu itu, wakil anggota Parlimen dari Selangor seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok), Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) langsung tidak mempersoalkan perkara ini semasa menteri berkenaan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut?" katanya kepada pemberita di luar sidang DUN Selangor di sini hari ini.
Terdahulu dalam sidang DUN Selangor, Suee Lim mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni UMNO dalam proses pemberian tender agihan benih padi.
Suee Lim kemudian membuat usul mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.
Mohd. Shamsudin berkata, dakwaan wujud penyelewengan tender itu adalah tidak benar dan hanya muslihat politik kerajaan negeri Selangor semata-mata.
"Jangan menjadikan hal ini sebagai agenda politik, pihak kementerian telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani.
"Mana-mana pihak yang layak akan diberi peluang untuk memohon tender ini, tak kiralah dia dari UMNO atau sebaliknya, asalkan syarikat itu berkemampuan dan memenuhi syarat ditetapkan, tidak salah jika mereka diberi tender ini," katanya.
Jika Suee Lim suka membawa cerita lapuk ke sidang DUN, bagaimana pula dengan cerita yang beliau sebelum ini melanggar seorang pelajar UiTM di Shah Alam dalam keadaan mabuk!
Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku.
Menurut Ng Suee Lim, dia mendakwa keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan dan melanggar motorsikal yang dinaiki oleh Mohd Bakri. Ng Suee Lim menyalahkan pelajar terbabit sebagai punca berlakunya kemalangan. Menurut seorang saksi, bau arak yang kuat dapat dihidu daripada Ng Suee Lim. Apakah Ng Suee Lim memandu dalam keadaan mabuk?
Bila Kugan meninggal dunia, Xavier Jayakumar bagi pihak kerajaan negeri Selangor pantas menghulurkan sumbangan. Namun ketika Mohd Bakri dilanggar oleh ADUN DAP, sumbangan pun tiada, malah dipersalahkan pula pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bandar dan Wilayah terbabit.
Pelajar ini telah telantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. ADUN DAP yang melanggar Mohd Bakri sama keadaan seperti Tian Chua, buat lepas tangan dan menyalahkan mangsa sebagai punca kesalahan.
Mohd Bakri, seorang pelajar Melayu kurang berkemampuan tidak diberikan pembelaan. Jauh berbeza dengan pembelaan yang diberikan oleh Ng Suee Lim terhadap Teoh Beng Hock ketika dalam Dewan Undangan Negeri. Ng Suee Lim siap bawa gambar Beng Hock lagi untuk menuduh kesilapan SPRM dan kerajaan sebagai punca kesalahan.
Beranikah Ng Suee Lim berhadapan dengan orang yang membawa gambar Mohd Bakri dan menuduhnya sebagai bersalah? Di mana keadilan untuk Mohd Bakri yang masih terlantar di hospital ketika itu dan Mohd Salleh Hamdan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh ADUN DAP dan ahli parlimen PKR?
Dalam isu Beng Hock bukan main lagi dia bising, tetapi terhadap mangsa langgar ini mengapa mereka diam? Amat wajar inkues diadakan untuk menyiasat kes pelanggaran Tian Chua dan Ng Suee Lim.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
As salam dan Salam 1Malaysia bro.. Mohon di linkkan blog teman ni yer, agar tautan persahabatan mekar senantiasa..
http://taipingcentral.blogspot.com/
Untuk artikel terbaru TC seperti berikut:
http://taipingcentral.blogspot.com/2012/11/janda-indon-seksi-di-skodeng-oppa-doggy.html
Salam sahabat seperjuangan.. Mohon yee..
"Agar dapat di war-warkan pada yang lain"
tq bro...
Catat Ulasan