Ahad, Disember 30, 2012

Rakyat Palestin pun tahu Anwar 'Talam Banyak Muka'?


Pergerakan Hamas sebelum ini pernah menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel sebagai satu mesej negatif dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.

Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan berkata, bagi rakyat Palestin, sokongan itu menunjukkan terdapat individu tertentu yang bekerjasama dengan Israel, demi kepentingan Israel menduduki sebahagian besar bumi Palestin secara haram.

Katanya, ia secara langsung memberi tanggapan bahawa individu tersebut menentang hak rakyat Palestin yang bangkit untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh Israel.

Menurut beliau, sokongan itu juga memberi mesej yang salah kepada Israel kerana rejim Zionis itu kini beranggapan mereka bebas menduduki bumi Palestin secara haram sambil terus memperluaskan jajahan mereka tanpa ditentang atau dihukum masyarakat antarabangsa.



"Hamas berharap akan mendengar kenyataan bahawa deklarasi itu (menyokong keselamatan negara Israel) adalah tidak benar atau seumpama itu kerana saya percaya sesiapa yang mencintai kebebasan dan kemerdekaan negara mereka, akan mengutamakan keselamatan serta hak rakyat Palestin berbanding Israel," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatannya ke negara ini di sini tidak berapa lama dahulu.

Usamah diminta mengulas kenyataan Anwar seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) edisi Asia pada Januari lalu yang berbunyi: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel", namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.


Sebelum ini, Anwar mendakwa pendirian beliau itu selari dengan pendirian Hamas namun dinafikan pergerakan tersebut. Malah, Anwar tidak mahu menyaman WSJ berhubung penyiaran artikel itu serta enggan memohon maaf kepada umat Islam yang rata-rata terguris hati dengan kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, kata Usamah, Hamas dan seluruh rakyat Palestin menghormati pendirian Malaysia serta beberapa negara lain yang tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Katanya, dengan tidak mengadakan sebarang hubungan politik dengan Israel, ia bermakna tiada sesiapa yang melupakan perjuangan rakyat Palestin yang berterusan cuba membebaskan tanah air mereka dan lebih penting, isu Baitulmaqdis bukan hanya isu Palestin tetapi isu umat Islam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: