Ahad, Disember 09, 2012

Wahai Anwar...!!! Sampai bila kamu mahu berbohong..mengaku ajelah?

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Kes Liwat I dan II Anwar Ibrahim bukanlah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan kerjaya Ketua Pembangkang itu.

Musa yang menjadi penyiasat Kes Liwat I pada tahun 1998 dan juga menjawat jawatan Ketua Polis Negara semasa Kes Liwat II menolak campur tangan politik dan menganggap kedua-dua kes ini sebagai "straight forward cases".

Memberitahu kepada portal berita Free Malaysia Today, Musa menafikan sekeras-kerasnya berlaku pemalsuan bahan bukti sepanjang beliau menyiasat dan mengarahkan siasatan kes-kes bekas Perdana Menteri tersebut.

Malah Musa dalam wawancara dengan MalaysiaKini sebelum ini turut mendakwa Anwar pernah cuba untuk campur tangan dalam siasatan yang dijalankan dalam Kes Liwat I dengan mengarahkan beliau untuk melaporkan kepadanya (Anwar) setiap malam.

"(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis Negara," katanya dalam wawancara tersebut!!!

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Buka Mulut berkata...

Kebesaran Allh,tiada siapa dapat menghalangnya.Satu demi satu kebenaran dikeluarkan.Kenyataan Tan Sri Musa Hassan atas kehendak Allah.Kpd rakyat M'sia terimalah kenyataan ini.Dan kpd Sdr Anuar kembalilah kepangkal jalan,bertaubatlah.Usahlah kejar Putra Jaya,kejarlah Akhirat.