Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Disember 20, 2012
Sejarah 'sakit tulang belakang' Anwar tidak mengambarkan apa yang sebenarnya berlaku?
Kelihatan Anwar masih 'hebat' melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya dia tidak lakukan jika kita melihat kembali sejarah 'sakit tulang belakang' yang akan menjadi 'senjata utama' apabila merasakan dirinya tertekan!
Adakah kita masih ingat ketika keterangan saksi pembela Anwar Ibrahim, Dr Thomas Hoogland dari Munich, Jerman apabila sekurang-kurangnya dikesan mempunyai dua motif.
Pertama untuk ‘membuktikan’ Anwar masih sakit tulang belakang meskipun telah dirawat, sebagai justifikasi Ketua Umum PKR itu tidak mampu mengadakan aktiviti seksual kerana tidak boleh ‘membongkok’.
Kedua untuk ‘membuktikan’ terdapat ‘konspirasi’ pihak tertentu khususnya pihak polis untuk mengenakan Anwar.
Bernama, 6 Oktober memetik keterangan Hoogland di mahkamah dengan berkata, laporan perubatannya yang terakhir ke atas Anwar pada 8 September 2011 menunjukkan keadaan Anwar bertambah buruk dan salah satu otot belakangnya merosot akibat diserang polis pada tahun 1998.
Serangan polis 1998 itu merujuk kepada serangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor, semasa Anwar ditahan di lokap polis Bukit Aman.
Ketika Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bertanya ada tak kemungkinan sakit tulang belakang Anwar masih berterusan kerana faktor usia, Hoogland tidak bersetuju dengan kenyataan itu, sebaliknya bertegas mengatakan punca utamanya adalah serangan polis 1998.
“Berdasarkan sejarah perubatan Anwar, adalah lebih dipercayai kesakitan tulang belakang yang dialaminya berpunca daripada serangan oleh pihak polis pada tahun 1998,” kata Hoogland seperti dilaporkan Mstar, 7 Oktober.
Hoogland yang merangkap doktor peribadi Anwar yang menjalani operasi pembedahan bagi membetulkan tulang belakang Anwar di Klinik Alpha, Munich, Jerman pada 6 September 2004 juga berkata, kerosakan tersebut adalah bersifat kekal, kerana tiada rawatan yang benar-benar dapat menyembuhkan kecederaan akar sarat.
Ketegasan Hoogland menolak faktor lain terutamanya usia kecuali faktor ‘serangan polis 1998′, membuatkan kita tertanya-tanya adakah doktor dari Jerman itu menjawab secara jujur berdasarkan profesionalisme atau mempunyai motif lain.
Sekiranya, Hoogland menjawab berdasarkan profesionalisme sebagai seorang pakar yang tidak berpihak, beliau sewajarnya menyemak rekod kesihatan Anwar khususnya yang dikeluarkan oleh Suruhajaya Diraja Untuk Menyiasat Kecederaan Anwar Ibrahim Semasa Tahanan Polis (1998) yang membuktikan Ketua Umum PKR itu telah mempunyai rekod kecederaan lama iaitu jatuh dari kuda kira-kira 6 tahun sebelum ditahan di lokap polis tersebut
Laporan doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang dijadi bukti lampiran dalam Laporan Suruhajaya Diraja itu menyebut Anwar pernah jatuh kuda sejak 6 tahun lalu sebelum 1998 iaitu sekitar tahun 1992.
Dalam pemeriksaan ke atas Anwar pada 24 September 1998 di Pusat Tahanan Reman, Jalan Semarak, Dr Vasantha melaporkan Anwar pernah jatuh kuda sekitar tahun 1992 yang mengakibatkan beliau mengidap penyakit ‘cervical spoadylosis’(saraf bahu dan leher) dan memerlukan rawatan neurologi (rawatan saraf).
Selain itu, Anwar turut dilaporkan mengidap penyakit ‘reflux oesophagitis’(penyakit saluran usus/gastrik) yang masih dalam rawatan ketika itu.
Laporan Dr Vasantha ini turut disokong dengan laporan enam lagi doktor yang turut memeriksa Anwar pada tahun 1998, iaitu Dr Abdul Halim Hj Mansar dan Dr Zahari Noor, dari Jabatan Pathology, Hospital Kuala Lumpur serta Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan.
Laporan empat panel doktor yang terdiri daripada Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan lebih menjelaskan lagi latar belakang kesihatan Anwar sebelum beliau dipukul di tahanan lokap polis 1998.
Menurut laporan panel empat doktor pakar itu, Anwar mempunyai sejarah kecederaannya saraf dari pengelangan tangan, bahu, leher dan tulang belakang sekitar tahun 1991 hingga 1997.
Laporan itu menyebut Anwar mengalami beberapa kecederaan akibat jatuh dari kuda.
Pada Mac 1991 Anwar cedera di bahagian saraf bahu kiri (a left scapula fracture) yang memberi kesan kepada saraf leher. Kecederaan saraf itu turut memberi kesan kepada saraf belakang kiri tengkorak (left occiput) dan saraf otak (celebral concussion).
Pada tahun 1993, Anwar cedera saraf bahu dan leher (prolapse) terutamanya di bahagian C5 atau C6.
Pada tahun 1997, Anwar mendapat rawatan di Hospital Universiti (UH) Kuala Lumpur kerana kesakitan pada bahagian luar (sisi) lengan atas dekat siku (right tennis elbow)
Laporan empat doktor itu merumuskan Anwar telah dikenal pasti mengalami kecederaan bahu dan leher dan saraf belakang sejak tahun 1991 akibat jatuh dari kuda.
He (Anwar) had aprevious history of hiatus hernia and reflux oesophagitis. The initial diagnosis was established by gastroscopy at UH in 8/7/95.
He had been treated at the same hospital for right tennis elbow in December 1997. He is know to supper from cervical spondylisis and disc prolapse at C5/C6 which last troubled him 6 years or so ago.
He had several falls while horse riding resulting in a left scapula fracture in March 1991, crack fracture of the left occiput and celebral concussion in December 1991 and prolapse at C5/C6 in 1993.
Imej Anwar memakai pendakap leher mula dikesan sekitar tahun 1992, apabila sebuah akhbar berbahasa Cina menyiarkan foto Anwar tersebut.
Akhbar media perdana khusus berbahasa Melayu tidak menyiarkan apakah faktor yang menyebabkan Anwar memakai pendakap leher ketika itu untuk menjaga reputasinya ketika itu sebagai tokoh penting dalam kerajaan iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Namun akhbar berbahasa Cina itu melaporkan faktor Anwar memakai pendakap leher disebabkan beliau terjatuh dari menunggang kuda.
Fakta ini turut disahkan oleh bekas doktor peribadi Anwar, Dr Halili Rahmat yang mengambil keputusan meninggalkan Ketua Umum PKR itu pada April tahun lalu.
Ketika ditanya kepada Dr Halili, benarkah beliau merupakan doktor peribadi Anwar, rakan karib Anwar sejak dari MCKK itu mengesahkan, ‘Ya’.
Ketika ditanya lanjut adakah beliau hanya menjadi doktor peribadi Anwar pada tahun 1999, beliau menafikan kerana perkhidmatannya sebagai doktor peribadi itu lebih awal daripada itu iaitu sekitar pertengahan tahun 1990-an, ketika Anwar sakit tulang belakang kerana terjatuh dari kuda.
“Lama juga (saya jadi doktor peribadi Anwar), sebelum itu lagi, sejak Datuk Seri Anwar jatuh kuda..saya ingat (kalau tak silap) tahun 1994…lama dah”, katanya.
Malah ketika Anwar dirawat di klinik Alpha, beliau merupakan satu-satu doktor kepercayaan Anwar yang dibawa ke Munich untuk menjalani proses pembedahan tulang belakang tersebut.
Persoalannya sekarang adalah sampai bila Anwar mahu menipu rakyat dengan pelbagai lakonan dan sandiwaranya! Anwar boleh menipu ramai orang, tetapi tidak boleh menipu dirinya sendiri. Fikir-fikirkanlah.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan