Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Disember 31, 2012
Isu Rumah Rakyat di Selangor : PKNS dituntut beri penjelasan?
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu memberi penjelasan berhubung status sebenar projek pembinaan 60 unit pangsapuri oleh anak syarikat kerajaan negeri itu di Seksyen 18 di sini, yang didakwa mengelirukan.
Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, kekeliruan itu timbul susulan kerana terdapat dua papan berbeza di projek yang dibangunkan di Lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2 itu.
Menurutnya, satu papan tanda menyatakan projek itu adalah pembinaan pangsapuri kos sederhana manakala satu lagi papan tanda menyatakan projek itu adalah pangsapuri kos sederhana tinggi.
Bagaimana boleh wujud dua papan tanda yang berbeza. Apakah PKNS sengaja menukar status projek itu kepada kos sederhana tinggi sedangkan kami difahamkan, mengikut perancangan awal, projek itu adalah untuk membina 60 unit pangsapuri kos sederhana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Budiman, beliau khuatir penukaran status itu akan memberi kesan kepada harga kediaman berkenaan yang boleh melambung sehingga RM400,000 sedangkan pangsapuri kos sederhana harganya di antara RM40,000 hingga RM80,000 seunit.
Kenaikan harga itu, katanya, akan membebankan rakyat terutama golongan muda berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.
Kita mahu tahu sejak bila kategori perumahan kos sederhana tinggi dilaksanakan oleh PKNS. Bagaimana dengan janji kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat) mahu menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat termasuk golongan muda sebelum ini.
Untuk siapa sebenarnya projek pangsapuri itu dibina. Adakah kerajaan negeri dan PKNS mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat yang kurang memiliki keupayaan kewangan untuk memiliki kediaman sendiri," ujarnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya turut mendesak kerajaan negeri dan PKNS menjelaskan mengenai kedudukan sebenar status projek perumahan tersebut.
Katanya, sekiranya benar PKNS menukar status projek itu untuk mendapatkan keuntungan, ia satu langkah yang tidak wajar kerana seolah-olah satu cubaan untuk menekan dan menghalau orang Melayu dari Shah Alam.
Lihatlah bagaimana keadaan orang Melayu di Pulau Pinang pada hari ini, hartanahnya melambung tinggi sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan mereka terpaksa keluar dari pulau itu kerana tidak mampu membelinya," tegasnya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan