Selasa, Disember 11, 2012

Karpal dicabar tarik kenyataan di Parlimen?



Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar dan didesak agar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat seperti direkodkan di dalam hansard di Parlimen pada Oktober 1997.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, ini kerana Karpal telah berkata beliau mempunyai bukti yang kukuh bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan liwat.

"Karpal perlu buat perkara ini jika mahukan Anwar jadi calon Perdana Menteri.

"Jika tidak, maka nyata (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang yang layak jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas, tidak mempunyai masalah moral seperti Anwar.

"Karpal sudah tentu tahu orang Melayu dan Islam tidak boleh mengangkat seorang kaki liwat atau ketagih liwat untuk menjadi Perdana Menteri.

"Maka Karpal perlu tarik balik kenyataan beliau dan minta maaf kepada semua orang Melayu dan Islam," katanya.

Untuk hansard, sila klik di sini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: