Selasa, Disember 04, 2012

Antara doa dan hukuman?



Muktamar Agung Pas baru-baru ini dikejutkan dengan doa parti itu memohon agar Allah SWT menghancurkan UMNO. Tindakan yang dilihat ekstrem itu meresahkan umat Islam dan menyerlahkan lagi betapa Pas telah terkeluar daripada landasan Islam sebenar.

Tanyalah ulama di seluruh dunia, pasti jawapannya sama. Mendoakan kemusnahan ke atas pihak dan orang Islam yang berbeza ideologi politik adalah tidak Islamik. Kita bersyukur, UMNO tidak mengikut rentak dan perbuatan Pas. Tiada satu pun doa ala Pas sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam.

Daripada doa Najib ketika penggulungan, doa timbalannya, Muhyiddin Yassin ketika perasmian Persidangan Wanita, Pemuda serta doa beberapa pembahas - adalah untuk kesejahteraan semua termasuk Pas.


Berkaitan isu doa juga, teruja dengan perbahasan ulama muda dan wakil UMNO Perlis, Fathul Bari yang mengupas daripada perspektif Islam tentang doa Pas. Beliau turut menayangkan video rakaman doa tersebut selain kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang mendakwa UMNO murtad.

Hujah-hujah menyanggah doa Pas itu disampaikan dengan bernas dan berhemah. Menampakkan UMNO sebagai parti orang Islam jauh lebih memahami Islam sebenar berbanding Pas.

Sudah tentu juga doa UMNO lebih terbimbing dan tertib. Tidaklah sampai terkeluar istilah K.O, K.O, K.O ...sebagaimana doa Pas, macam aksi ketika menonton tinju Siam.

Begitu juga dalam isu Pas memurtadkan UMNO, satu lagi perbuatan yang tidak islamik.

Tertarik dengan komen Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi tulisannya dalam Utusan Malaysia, Khamis lalu. UMNO tidak akan hukum Pas kerana banyak salah guna Islam. Sebaliknya Allah SWT yang akan menghukum? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: