Khamis, Ogos 01, 2013

Syiah dalam PAS : Tuan Ibrahim jangan jadi muka tembok - 'Singkir ahli Pas terlibat hanya retorik'?


Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ahli parti yang terlibat dengan fahaman Syiah akan tersingkir secara automatik hanyalah retorik.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kenyataan tersebut menggambarkan bahawa parti itu sekadar melepaskan batuk di tangga dalam usaha menepis dakwaan pimpinan parti itu terlibat dengan fahaman Syiah.

“Beliau (Tuan Ibrahim) mengatakan bahawa pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu (Syiah).

“Persoalannya, setakat mana aktifnya sistem ini sedangkan sebelum ini Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan sendiri mengakui ada ahli Pas yang menjadi Syiah. Jadi, kenyataan beliau hanyalah retorik,” katanya pada sidang media di Hotel Darulaman, semalam.

Abd. Aziz Hanafi (kiri) bersama Ashiq Elahi Md. Desa (dua dari kiri) dan Timbalan Pengerusi 2 Giptis, Mohd. Shahrilazrie Mustaffa ketika sidang akhbar di Jitra, Kedah, malam semalam.

Beliau yang juga ahli Pas turut menyangkal dakwaan bahawa parti itu mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif.

“Saya tidak pernah tengok pun sistem ini dijalankan. Bahkan, saya tengok dalam Pas sendiri ada yang menyokong ke arah pemahaman Syiah.

“Saya minta beliau perjelaskan apakah sistem yang dimaksudkan itu. Kita tidak mahu perkara ini dilakukan sedemikian kerana ia soal membabitkan akidah,” katanya.

Semalam, Pas sekali lagi menegaskan pimpinan utamanya tidak terlibat dengan ajaran Syiah dan ahli parti yang didapati membawa fahaman itu akan tersingkir daripada parti itu secara automatik.

Sementara itu Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan lain berkata, Tiada bukti Mat Sabu, Mahfuz pengikut Syiah!

Pas hari ini menjelaskan bahawa sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar sebagai pengikut Syiah.

''Sehingga kini tiada bukti mereka menganut Syiah sebagaimana yang dituduh,'' kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.


Sementara itu dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, Tuan Ibrahim menegaskan semua ahli Pas mesti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

''Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka secara automatik terkeluar daripada menjadi ahli Pas,'' katanya lagi.

Di dalam kenyataan tersebut, beliau turut menafikan penglibatan pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah.

Oleh itu katanya, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya.


''Tindakan tersebut lebih bersifat politik dengan menghalalkan tuduhan tanpa bukti kukuh dan hanya bersandar kepada andaian semata mata,'' ujarnya.

Kata beliau lagi, tindakan beberapa pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

''Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?'' soalnya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: