Khamis, Ogos 15, 2013

Isu Surau Jadi Tokong : Siapa Dalang Disebalik Kebiadaban Dan Keceluparan LFL?


Kebiadaban dan keceluparan pihak tertentu dalam mengulas kejadian berkaitan dengan umat Islam dan orang Melayu semakin ketara.

Ia terbukti apabila sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperlekehkan tindakan tegas polis dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berhubung isu surau di sebuah resort di Sedili, Kota Tinggi yang digunakan oleh bukan Islam untuk upacara keagamaan mereka baru-baru ini.

Dalam Twitter yang disiarkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini kelmarin, NGO yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mengatakan pihak berkuasa agama Johor bersikap seperti 'Taliban' kerana merancang untuk merobohkan surau tersebut dengan alasan dibina tidak menepati arah kiblat. Baca di sini.

LFL juga secara biadab mempersoalkan arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau. Antaranya mereka menulis;

"Surau 'meditasi' Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor... Dah gila - surau kena hadap kiblat, bukan manusia?"

Malah tidak cukup dengan itu, mereka juga mempersoalkan tindakan polis mengenakan reman selama empat hari ke atas pemilik resort tersebut dengan menyatakan: "Taliban dah bertapak di Malaysia - syabas BN. MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salah guna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

"Agaknya @PDRMsia dah jadi penguat kuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar - sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan."


Demikianlah biadabnya kelompok yang kononnya memperjuangkan hak asasi dan reformasi undang-undang ini. Mereka bercakap ikut sedap mulut tanpa mempedulikan sensitiviti umat Islam.

Ketika pelbagai pihak termasuk Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana memohon maaf kepada umat Islam di negara ini berikutan kejadian berkenaan, LFL yang kononnya dianggotai oleh kelompok bijak pandai cuba memperlekehkan tindakan tegas yang dilakukan.

Sememangnya penulis tidak berhasrat untuk menulis lebih lanjut latar belakang LFL kerana perbuatan itu hanya membuang masa namun yang paling pasti, perbuatan NGO ini mencampuri urusan kes surau itu sudah melampaui batas dan menunjukkan bagaimana mereka memperjuangkan hak asasi manusia yang songsang.

Apa yang berlaku di Sedili itu tiada kaitan dengan hak asasi manusia atau reformasi undang-undang tetapi ia berkaitan dengan kejadian yang boleh menyinggung perasaan umat Islam.

Yang tidak fahamnya, LFL tidak mahu menerima hakikat bahawa tindakan yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor itu adalah dalam bidang kuasa tugas dan undang undang agama negeri Johor. Majoriti lawyer dalam LFL mungkin tidak faham undang undang agaknya.

Apa hak LFL untuk campur tangan? Mengapa mahu menjadikan isu di surau itu sebagai isu hak asasi sedangkan ianya jelas sekali adalah isu yang berkaitan dengan agama.

Oleh itu LFL tidak sepatutnya campur tangan atau 'gatal-gatal mulut' untuk membuat ulasan. Apa yang berlaku di resort itu adalah satu perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama kerana ia menunjukkan bagaimana kurang sensitif pemilik resort dalam perkara tersebut.

Justeru tidak ada asas LFL hendak melihat ia dari sudut hak asasi manusia semata-mata sehinggakan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam hendak dibiarkan.

Polis bertindak ikut undang-undang manakala MAIJ bertindak berdasarkan kepada hukum-hakam agama, oleh itu adalah lebih baik LFL jangan cuba hendak tunjuk pandai dan memperjuangkan hak asasi manusia serta reformasi undang-undang secara membuta tuli.

Apa yang malang LFL mungkin melihat perjuangan hak asasi manusia itu daripada sudut sempit atau atas landasan pemikiran liberal apabila memandang remeh soal penghinaan ke atas agama Islam.

Soalnya, apakah LFL akan berdiam diri jika penghinaan itu berlaku ke atas agama lain, apakah kerana ia berlaku ke atas orang Melayu dan umat Islam maka soal ini harus dipandang remeh?

Selain itu, apakah motif LFL apabila mempersoalkan ketegasan polis dalam kes penghinaan ke atas Islam dan pada masa yang sama cuba mengaitkan dengan isu tembak yang semakin meningkat.

Sebelum memperkatakan perkara itu, LFL sepatutnya bertanya kembali siapakah yang bersalah atau bertanggungjawab memungkinkan semua itu berlaku. Bukannya ia akibat daripada perjuangan kononnya mahu melakukan reformasi dalam undang-undang.

Apakah LFL tidak terlibat sama dalam langkah penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Tidakkah anggota-anggota LFL memahami ketiadaan undang-undang itu telah memungkinkan penghinaan ke atas Islam semakin menjadi-jadi, sentimen perkauman semakin meningkat dan kejadian tembak semakin berleluasa?

Kalaulah LFL menganggap keempat-empat undang-undang berkenaan melanggar hak asasi manusia, kenapakah sebahagian undang-undang itu khususnya seumpama ISA masih wujud di sesetengah negara?

Janganlah hanya pandai bercakap soal hak asasi manusia dan reformasi undang-undang sehingga terlupa batasnya! Apa yang berlaku sekarang kerana sebahagian besar kita sudah melampaui batas itu. Penghapusan empat akta berkenaan memungkinkan semua itu berlaku.

Berikutan itu tidak payahlah LFL hendak mengkritik pihak berkuasa dalam apa juga isu kerana mereka tidak berhak dan tidak layak berbuat demikian.

Tidak apalah jika LFL ingin berpolitik kerana dari satu segi pun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kalau ramai peguam menyokong pembangkang, tetapi biarlah menjadi kelompok peguam yang bijaksana, bertindak berdasarkan rasional bukannya emosional.

LFL boleh meneruskan perjuangan sempitnya itu jika ia merasakan itu hak asasi mereka tetapi janganlah melampau sehingga mahu mengajar pihak berkuasa agama Islam bagaimana mahu menangani sesuatu isu.

Memang benar semua pihak mahu memperjuang dan mempertahankan hak asasi manusia serta melakukan reformasi dalam undang-undang demi kebaikan rakyat tetapi dalam soal menyentuh sensitiviti mana-mana agama, kedua-dua perkara itu tidak terpakai sama sekali.

Justeru kepada LFL, carilah isu lain kalau pun hendak popular setaraf Majlis Peguam kerana jika tersilap langkah sudah pasti umat Islam akan menggunakan hak asasi manusia untuk mempertahankan agama mereka.

Ketika itu janganlah pula LFL hendak memarahi umat Islam, sebaliknya salahkan diri sendiri dan kelompok-kelompok tertentu yang dari semasa ke semasa semakin berani mencabar kesabaran umat Islam dan orang Melayu.

Semoga LFL memahami keadaan ini dan tidak bersikap membuta tuli dan 'membabi buta' untuk mengulas apa-apa isu sesuka hati.

Biarlah isu surau itu yang diuruskan oleh polis dan MAIJ, kalau rasa hendak menjadi 'wira' juga tunggulah apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah. Janganlah menjadi 'batu api' sehingga memungkinkan perjuangan atas nama hak asasi mengundang kepada tragedi, semoga LFL memahami bahaya ini!

Siapa dalang disebalik LFL?


Persoalannya adalah, siapa sebenarnya di belakang LFL ini? Beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, LFL dilihat banyak mempromosikan pakatan pembangkang dalam portal, facebook dan twitternya.

Di atas ini adalah tulisan N. Surendran (Naib Presiden PKR) untuk menyokong Anwar Ibrahim dalam portal LFL. Apakah N. Surendran, yang juga merupakan seorang lawyers adalah penggerak di belakang LFL?

Kalau di SUARAM, penggeraknya adalah Sivarasa Rasiah, juga pernah menjawat jawatan Naib Presiden. Apakah SUARAM dan LFL ini adalah bidang tugas Naib Presiden PKR?


Di atas ini pula adalah pengendali (admin) kepada Group LFL di Facebook. Ada enam pengendalinya, 5 orang wanita Islam dan seorang wanita bukan Islam bernama Michelle Yesudas.

Tinggal di Petaling Jaya jika dilihat dalam Facebooknya tetapi sedang belajar di University Warwick. Berkemungkinan Michelle Yesudas ini adalah fake profile. Apa pun lihat profilnya di sini.

Mengapa enam orang pengendali di Open Group Facebook ini didedahkan? Ini kerana berkemungkinan 6 orang ini adalah orang yang sama mengendalikan akaun twitter LFL yang mengecam Majlis Agama Islam Johor sebagai 'Taliban'.


Kita sudah dapat meneka apa sebenarnya motif LFL mahu masuk campur urusan Majlis Agama Islam di Johor. Mahu mencampur adukkan sentimen hak asasi dalam urusan agama dan akhirnya mahu membawa kepada kepentingan politik PKR dan pembangkang.

Agaknya, sebab itulah LFL dijemput hadir untuk berucap dalam Kongres PKR pada 2011. LFL mungkin sudah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sayap parti PKR.

Pihak Majlis Agama Islam Johor perlu mengambil tindakan terhadap niat jahat LFL untuk melabelkan MAIJ sebagai Taliban. Jangan dibiar puak puak hak asasi ini menghancur dan memperlekehkan institusi agama Islam di negara ini?

Hairan ya, mengapa LFL tidak persoal kesalahan yang dibuat oleh penganut Buddha dalam surau tersebut? Fikir dan renongkan lah!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Asal Bukan DAP (ABDAP) berkata...

LFL dilahirkan dari jenis PARIA DOG... so dah tentu jenis keturunan pendatang tetap pendatang. Dihalau Maharaja India kot jenis PARIA katakan... bukannya dibawa oleh penjajah British.... apa yg aku tulis akan diuar-uarkan oleh melayu bangsat (yang sanggup keturunan moyangnya dihina) kepada pendatang2 Cinasia dan Indiasia...