Selasa, Ogos 06, 2013

Gempar...!!! Kumpulan gila 'Raja Nusantara' ditangkap polis cuba serang Istana Negara!


Polis menahan 10 individu termasuk dua wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara' kerana mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara, awal pagi ini.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta ditahan ketika berhimpun di hadapan pintu 1, Istana Negara di sini, pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 helai bendera serta beberapa helai watikah bai’ah (perjanjian untuk taat).

Hasil pemeriksaan mendapati tujuh daripadanya tidak mempunyai kad pengenalan manakala bakinya berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor. Kesemua individu terlibat dan kenderaan yang setiap satunya turut dipasang bendera bertulis jawi ' Lailahaillaahmuhadarsullullah’ telah dibawa ke Balai Polis Travers untuk siasatan lanjut.


Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Aida Abdul Hamid ketika dihubungi memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang Dipertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau dikenakan denda.

Sementara itu, tinjauan mendapati seorang daripada ahli kumpulan tersebut telah mendakwa sebagai Raja Nusantara Kumpulan Empayar Langkasuka dan membuat pengakuan tersebut di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini. Lelaki itu turut mendakwa sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: