Khamis, Ogos 15, 2013

Petisyen Pilihanraya : DAPig Koo Ham senada dengan Anwar pertikai keputusan hakim?


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman berhubung keputusan petisyen pilihan raya sebagai berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, Koo Ham tidak wajar memainkan sentimen negatif mengenai sistem kehakiman sehingga pada satu tahap seolah-olah cuba menghasut rakyat ke jalanan bagi membantah keputusan mahkamah menolak petisyen yang difailkan pakatan pembangkang.

Dalam hal itu, tegas beliau, pembangkang sepatutnya tidak bersikap hipokrit kerana petisyen yang dibuat Barisan Nasional (BN) juga ditolak oleh mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang pilihan raya.

"Mereka (pembangkang) pilih jalan itu (memfailkan petisyen) dan penghakiman juga sudah dibuat. Jangan fikir cara mereka sahaja kerana penghakiman turut menyaksikan petisyen yang difailkan BN juga ditolak.

"Ini kenyataan tidak bertnggungjawab dan boleh menggugat keamanan negeri dan negara. Ini kenyataan menghasut, sangat berbahaya dan mereka harus bertanggungjawab," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.


Zambry diminta mengulas kenyataan Koo Ham dalam laman sosial Twitter baru-baru ini yang menyatakan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah menolak petisyen pilihan raya pembangkang sehingga membolehkan BN mengekalkan kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Rungkup, Selama, Manjoi dan Lubuk Merbau.

Koo Ham dalam laman sosial itu juga dipetik sebagai berkata: Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets. (Mahkamah tempat untuk mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar mereka menghantar mesej kepada pihak terbabit untuk pergi ke jalanan).

BN Perak yang tewas pada Pilihan Raya Umum 2008 pernah memfailkan petisyen di beberapa kerusi termasuk di DUN Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang tetapi kesemuanya ditolak dengan kos oleh mahkamah.

Pada pilihan raya kali ini, BN mengemukakan 21 petisyen di seluruh negara yang setakat ini menyaksikan petisyen parti itu ditolak oleh mahkamah termasuk di DUN Penggaram, Johor yang dimenangi calon DAP.

Selain itu, petisyen yang difailkan oleh pengundi bagi mencabar kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Lembah Pantai juga ditolak dengan kos oleh mahkamah pada 1 Ogos lalu. Lihat kenyataan Anwar  sebelum ini!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: