Ahad, Ogos 25, 2013

Anwar tak boleh tahan dengan kelibat Muhammad Shafee - Mohon lucut kelayakan?


Pasukan peguam yang mewakili Anwar Ibrahim hari ini memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk melucutkan kelayakan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh, semasa dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dengan menyatakan usul itu difailkan pada 4 petang di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata, permohonan itu akan didengar pada hari pertama pendengaran rayuan itu pada 17 September.


Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.

Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya sebelum ini menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa".

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: