Isnin, Mei 20, 2013

Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum?



Bekalan air bersih di Selangor dan Kuala Lumpur semakin berkurangan disebabkan kapasiti pengeluaran loji rawatan air mencapai tahap maksimum.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), loji rawatan itu tidak lagi dapat menampung permintaan pengguna yang semakin meningkat dan melebihi kadar pengeluaran air.

"Masalah yang berlaku ini tiada kaitan dengan taburan hujan ataupun sumber air mentah yang dikatakan masih mencukupi," menurut syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, Syabas meminta semua operator loji rawatan iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) memaksimumkan pengeluaran.


Menyentuh mengenai dakwaan anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh berhubung isu bekalan air di SS14 dan SS19 Subang Jaya, baru-baru ini, Syabas berkata pihaknya tidak menghantar notis awal kepada pengguna di kawasan itu kerana gangguan bekalan air yang berlaku adalah tidak berjadual.

Gangguan itu berlaku apabila paras air di Kolam Lapangan Terbang Subang mengalami penurunan secara mendadak sejak Selasa lalu sehingga menjadi kritikal berikutan permintaan bekalan air yang meningkat akibat cuaca panas.

Syabas berkata masalah itu telah ditangani Khamis lalu selepas menyusun semula agihan bekalan air bagi menyalurkan sumber lain untuk membantu kawasan itu dan penghantaran 10 lori tangki air yang membuat penghantaran 22 kali.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Apa susahnya khalid gagap dulu kata Selangor banyak air..air lombong..air hujan boleh guna..sebab itu la projek langat 2 tak perlu bagi kerajaan selangor..rakyat selangor pun turut menyokong sebab itu lah mereka terus memilih kerajaan khalid gagap terus memerintah selangor..