Selasa, November 02, 2010

N45 Galas : BN bertanding demi rakyat, Pas bertanding untuk politik!

Secara kasarnya kita boleh katakan sebahagian besar daripada 11,553 pengundi di Galas, sudah mengenali dua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu pada Khamis ini.

Kedua-dua mereka ialah Abdul Aziz Yusoff yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Dr.Zulkefli Mohamed (Pas).

Dari segi latar belakangnya, Abdul Aziz merupakan calon muka baru yang kali pertama bertanding pilihan raya berbanding Dr. Zulkefli yang sudah dua kali tewas dalam pilihan raya umum iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

Namun apa yang lebih utama ialah parti yang mereka wakili. Abdul Aziz mewakili sebuah parti yang sudah membuktikan kewibawaannya bukan sahaja mentadbir sebuah kawasan malahan seluruh negara sejak merdeka lagi.

Kemampuan BN dalam soal itu tidak harus dinafikan oleh sesiapa juga termasuklah Pas. Pengundi sudah melihat bagaimana Gua Musang turut menikmati pelbagai kemudahan dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan biarpun dikategorikan sebagai kawasan luar bandar.

Semua itu mampu dinikmati disebabkan BN sentiasa mengotakan janjinya dengan mengutamakan kepentingan rakyat. Kehadiran BN di dalam pilihan raya bukanlah semata-mata untuk merebut kuasa tetapi untuk memastikan rakyat termasuklah di Galas tidak ketinggalan dalam pelbagai perancangan pembangunan yang dilakukan oleh BN.

Pendirian dan perjuangan BN jauh berbeza dengan Pas. Parti yang kononnya mendakwa memperjuangkan Islam itu hakikatnya tidak mampu berbuat apa-apa biarpun sudah diberi kuasa memerintah terutamanya di Kelantan selama 20 tahun.

Sebaliknya, Pas lebih banyak menuding jari menyalahkan orang lain termasuk kerajaan pusat bagi menutup kelemahan mereka dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila Pas sanggup 'menghalalkan' apa juga cara demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pilihan raya kecil di Galas bukanlah medan untuk menghantar isyarat kepada sesiapa tetapi ia berkaitan soal kesejahteraan hidup rakyat.

Tetapi malangnya Pas awal-awal lagi iaitu pada hari penamaan calon menyatakan akan menjadikan pilihan raya kecil berkenaan sebagai mesej penolakan rakyat kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Maknanya, Pas bertanding di dalam pilihan raya kecil itu bukanlah untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi demi mencapai cita-cita politik bagi merebut kekuasaan bersama-sama dengan rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP - sebuah parti yang menentang perjuangan Islam Pas.

Atas sebab itulah dalam kempen- kempennya Pas tidak menumpukan perhatian kepada apa yang boleh mereka lakukan kepada penduduk Galas.

Sebaliknya parti itu lebih selesa untuk membangkitkan isu-isu nasional yang sama sekali tiada kaitan dengan rakyat Galas. Misi mereka hanya mahu memburukkan kerajaan pusat yang diterajui oleh BN - itu sahaja.

Semua itu dilakukan kerana Pas memahami bahawa mereka tidak berupaya berbuat apa-apa jika berjaya mempertahankan kerusi tersebut, ini berbeza dengan BN yang sudah pasti mampu mengalirkan arus pembangunan dan kemajuan kepada penduduk Galas.

Program Perumahan Rakyat yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Gua Musang baru-baru ini sudah menjadi bukti betapa BN lebih menumpukan perhatian kepada soal kesejahteraan rakyat.

Ini belum lagi beberapa masalah rakyat yang akan diselesaikan oleh BN jika parti itu kembali menawan DUN Galas. Antara yang sudah pasti akan mendapat perhatian BN ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan hidup rakyat.

Oleh itu pengundi Galas tidak harus terus terperangkap dengan mainan politik Pas. Mereka perlu memikirkan dengan mendalam apa yang boleh Pas lakukan berbanding dengan kemampuan BN.

Kontroversi ladang rakyat dan janji pemberian tanah yang tercetus sudah menjadi bukti bahawa Pas hanya bijak berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya.

Justeru pilihan raya kecil pada Khamis ini perlu digunakan sebaik-baiknya oleh pengundi Galas untuk mengubah kehidupan mereka dengan memilih parti yang benar-benar berwibawa seperti mana dibuktikan oleh BN ketika memerintah negara selama ini.-UM

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam, puluhan tahun PAih memerintah Kelantan, masih lagi menunding jari pada Kerajaan BN Ishhh..ishhh lawak betoi Paih ni.

Taminsari berkata...

Salam Bro ddinbunga..

Nak buat macamana..PAS hanya mahukan KUASA. Akan tetapi bila sudah dapat kuasa tersebut, tidak tahu menggunakannya..ibarat beruk dapat bunga..yang menjadi mangsa adalah ugama Islam! Islam dipergunakan untuk kepentingan politik yang sempit PAS..!!!

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia.

Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik.

Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS.

TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Wallahuallam...