Rabu, Jun 06, 2012

Tiada Lagi 'Tempoh Lanjutan' Buat PR Di Selangor Selepas PRU Ke-13 ini?




Dua perkara yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor semalam jelas membuktikan langkah terdesak kerajaan pimpinan PKR untuk menutup kelemahannya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengumuman untuk memberi diskaun cukai pintu kepada pemilik flat kos rendah sahaja, itu pun selepas empat tahun memerintah, hanya sekadar mengaburi mata penduduk Selangor.

Manifesto pembangkang semasa pilihan raya umum lepas menjanjikan pengurangan cukai pintu kepada rakyat Selangor melibatkan semua jenis rumah kediaman.

Soalnya mengapa baru sekarang yakni setelah sekian lama memerintah dan ketika orang ramai mula bercakap tentang pilihan raya umum yang baru? Mengapa pula melibatkan flat kos rendah sahaja, tidak menyeluruh?

Nampak benar, ia dilakukan semata-mata untuk memikat hati rakyat demi kelangsungan PKR dan sekutu-sekutunya pada pilihan raya umum akan datang. Namun, ia terlupa bahawa janjinya bukan sekecil itu sebaliknya menggunung sehingga tidak mampu melaksanakannya.

Semalam juga, kerajaan Selangor memperuntukkan 50 lori kompaktor sampah kepada dua PBT sahaja dalam usaha terdesak menutup isu sampah di negeri itu. Sekali lagi ia amat jelas satu lagi permainan politik.

Mengapa di dua PBT itu sahaja - Shah Alam dan Petaling Jaya, sedangkan aduan sampah sarap di negeri itu bersifat menyeluruh. Jelas sekali, kedua-dua tindakan itu sekadar menampakkan kelakuan orang terdesak.

Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: