Rabu, Jun 06, 2012

Bertuahnya Jadi Kroni Sampah Di Selangor, Macam Orang Mengantuk Di Sorongkan Bantal?




Alangkah bertuahnya menjadi kroni-kroni sampah di Selangor. Dapat projek, tetapi tanpa pengalaman pengurusan sampah pun tak mengapa! Malah jika tiada lori sampah pun tak apa, semua ditanggung oleh kerajaan negeri? Apa yang diperlukan cuma buka syarikat baru, cari pekerja dan pemandu pun sudah cukup!

Tindakan memperuntukkan 50 lori sampah kepada dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini adalah usaha kerajaan negeri untuk menutup kegagalan mereka menguruskan isu kutipan sampah di Selangor.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, peruntukan 28 lori sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan 18 lagi untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu juga hanya 'gula-gula' politik menjelang pilihan raya.

Menurut beliau, tindakan dilakukan itu tidak mampu menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor kerana berdasarkan aduan yang diterima Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN Selangor, masalah tersebut turut berlaku di Klang, Kota Raja dan kawasan lain.

''Setiap hari Pakar menerima puluhan aduan masalah kutipan sampah yang majoritinya di luar Shah Alam, jadi dengan memperuntukkan lori kepada MBSA tidak menyelesaikan perkara itu.

''Tindakan kerajaan negeri itu juga boleh dianggap membazir dan hanya memenuhkan poket kroni apabila lori-lori sampah sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya setelah mereka menamatkan konsesi tersebut," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.



Seronoknya Jadi Kroni Sampah Di Selangor, Macam Orang Mengantuk Di Sorongkan Bantal?

Mohd. Zin mengulas langkah kerajaan negeri membeli 50 buah lori sampah bernilai RM14.5 juta untuk diperuntukkan kepada MBSA dan MBPJ bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan kutipan sampah di kawasan-kawasan tersebut.

Kesemua lori itu akan disewakan kepada kontraktor kutipan sampah di dua PBT tersebut yang tidak mempunyai keupayaan dari segi peralatan dan operasi mereka.

Mohd. Zin turut menegaskan, kegagalan kerajaan negeri menguruskan sampah, longkang tersumbat serta semak-samun terutamanya di kawasan projek terbengkalai mengakibatkan masalah lain timbul seperti kes demam denggi yang meningkat dengan begitu mendadak sekali.





Adakah pengurusan sampah di luar bandar sekadar melepaskan batuk ditangga. Kenapa tiada peruntukkan lori-lori baru untuk mereka!

Sehubungan itu, katanya, penafian bahawa isu sampah bukanlah punca masalah denggi di Selangor oleh pemimpin pakatan pembangkang menunjukkan mereka masih lagi cuba bermain politik dan mengelirukan rakyat.

''Jika masalah sampah dikatakan berjaya ditangani kerajaan negeri, mengapa Pakar masih menerima aduan dari rakyat Selangor? Kelekaan dan sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri ini sebenarnya boleh mengundang padah apabila wabak penyakit mula timbul sehingga boleh meragut nyawa," katanya.

Sekiranya kerajaan negeri serius ingin menyelesaikan masalah itu, mereka sepatutnya menawarkan kemudahan lori kompaktor sampah tersebut kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Masalah sampah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi di seluruh Selangor!

JANGAN BIARKAN SAMPAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: