Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Jun 18, 2012
Nasihat Kepada MB Khalid, Jangan Gadai Masa Depan Belia?
Desakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar agar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat adalah tepat kerana kepimpinan beliau dilihat telah mengkhianati rakyat terutama berkaitan isu pendidikan.
Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Negeri Selangor, Mohd Zaini Taha berkata, Abdul Khalid sepatutnya bersuara dan mempertahankan agenda pendidikan bukannya mengkhianatinya demi kepentingan politik mereka.
Menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid dilihat hanya mementingkan projek komersial daripada pendidikan rakyat terutama luar bandar.
“Tindakan Kerajaan Negeri cuba merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, menolak pembinaan Kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah dan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dilihat sebagai tindakan kurang bijak kerana membunuh masa depan anak bangsa sendiri.
“Selama ini badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan badan gabungan belia banyak mendiamkan diri, tetapi jangan cabar kami untuk bersikap biadap dalam mempertahankan nasib masa depan golongan belia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh Sabtu lalu yang menyifatkan dosa Abdul Khalid paling besar ialah mempolitikkan institusi pendidikan negeri ini sehingga menjejaskan perkembangan modal insan yang sebelum ini menjadi agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mohd Zaini berharap, golongan belia perlu membuat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan Kerajaan Negeri yang tepat yang memperjuangkan nasib mereka pada pilihan raya umum akan datang kerana masa depan belia bergantung di tangan mereka.
“Andai tersalah membuat pertimbangan dan tindakan, sudah pasti akan merugikan masa depan golongan belia.
"Selaku pemimpin belia dan masa depan sudah pastinya kami tidak sanggup melihat masa depan anak bangsa kami dicabuli sesuka hati oleh petualang bangsa demi kepentingan politik peribadi,” katanya.
Sementara itu Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Salleh berkata, tindakan Kerajaan Negeri mempolitikkan isu pendidikan di negeri ini membuktikan penganiayaan kepada rakyat sekali gus bertentangan dengan konsep Negara Berkebajikan.
"Kami yakin, semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan mana-mana pihak mengaut keuntungan peribadi, malah alasan yang diberikan sekadar untuk mengaburi rakyat.
“Ini membuktikan Kerajaan Selangor tidak ambil peduli dan tidak tahu bagaimana hendak mengurus tadbir satu Yayasan bagi kemajuan anak-anak Melayu Selangor dari segi pendidikan,” katanya.
Dalam isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) katanya, terbukti telah membuka pekung ‘membuka pekung’ pakatan pembangkang di mana mereka beluam benar-benar bersedia untuk melaksanakan pendidikan percuma seperti yang dilaungkan sebelum ini.
“Ia jelas memperlihatkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang hanya membuat janji dan omong-omong kosong kerana gagal merealisasikan pendidikan percuma,” katanya.-SH
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan