Selasa, Jun 12, 2012

Selepas Karpal, Kali Ini Guan Eng Pula Terlepas Cakap - Ramai Calon Layak Jadi PM Selain Anwar?




Selepas Karpal Singh 'tersasul' mahu Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri bagi pembangkang, hari ini Setiausaha Agung DAP itu sendiri tampil menjelaskan ramai calon dalam pakatan tersebut yang layak selain Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu sekaligus memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan Ketua Pembangkang di kaca mata DAP tetapi Guan Eng segera cuba mereda keadaan dengan berkata, buat masa ini pakatan pembangkang bersetuju hanya Anwar calon Perdana Menteri.

Malah pada masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat cuba bermain teka-teki apabila enggan mengaitkan namanya sebagai calon untuk menggantikan Anwar dengan berkata, beliau tidak layak untuk mengisi jawatan nombor satu negara.

"Ada ramai lagi calon yang lebih layak daripada saya selain Anwar, tetapi untuk pengetahuan rakyat, kita hanya ada satu calon (buat masa ini) iaitu Anwar. Saya sendiri secara peribadi tidak minat untuk menjadi Perdana Menteri kerana saya tidak layak.



"Saya sudah cakap banyak kali bahawa Pakatan Rakyat hanya ada satu calon untuk menjadi perdana Menteri iaitu Anwar," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali.

Baru-baru ini Hasan mendakwa Anwar berkemungkinan akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dan seterusnya menamakan Guan Eng sebagai pengganti.

Dakwaan tersebut timbul ekoran ketegasan Karpal yang juga Pengerusi DAP bahawa selagi hidup, beliau akan berjuang untuk memastikan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana Perlembangaan Persekutuan membenar perkara itu.

Dalam perkembangan berasingan, Guan Eng yang selama ini sering 'menyerang' polis berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung jenanyah yang dakwanya semakin berleluasa di Lembah Klang.

"Saya harap beliau (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dapat memanggil satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk semua kerajaan negeri untuk mengkaji langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini," katanya.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: