Rabu, Jun 27, 2012

Isu Sekolah Tamil Ladang Midlands - Kenapa MB Khalid pertahan I-city?




Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?



Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.

Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut?











Persoalannya disini adalah mengapa Tan Sri Khalid yang mempertahankan I-City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Apa hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I-City Berhad Dato Lim Kim Hong? Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Sila baca di sini.

Sementara itu semalam Pemuda MIC minta SPRM siasat!

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan tiga isu penjualan tanah yang didakwa wujud unsur penyelewengan dengan melibatkan nilai puluhan juta ringgit.

Tiga tanah itu adalah bekas tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midlands, Ladang Bukit Raja di Klang dan Ladang Coalfield di Batang Berjuntai.

Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh mendakwa kerajaan PKR Selangor telah melakukan salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan ketiga-tiga tanah tersebut.

"Sekolah Tamil itu terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai I-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun hanya lebih kurang RM3 juta diberikan oleh syarikat I-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.

"Bagaimanapun, baki untuk bina sekolah sebanyak hampir RM1.9 juta disumbangkan orang ramai, badan lain dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Apa yang meragukan di manakah baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan berhubung penjualan tanah-tanah itu di sini hari ini.

Menurut Sivarraajh, lebih meragukan apabila sebuah dewan konvensyen dibina menggunakan sumbangan orang ramai tetapi diswastakan kepada pihak ketiga yang mengenakan caj yang mahal kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu berkaitan Ladang Bukit Raja dan Ladang Coalfield mempunyai persamaan apabila kedua-dua tanah itu yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2006 kepada penduduk di kawasan tersebut diambil lebih separuh keluasannya oleh kerajaan negeri sekarang.

"Kerajaan BN dulu telah meluluskan tanah seluas lebih enam hektar untuk penduduk ladang itu namun yang menjadi persoalannya kerajaan negeri sekarang telah mengurangkan lebih kurang sebanyak dua hektar.

"Di Ladang Coalfield pula kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak tujuh hektar tanah melalui syarikat KL Kepong, namun kerajaan negeri sekarang telah mengurangkannya kepada lebih kurang dua hektar," katanya.

Dakwanya lagi, hasil siasatan mendapati tanah di Ladang Bukit Raja akan didirikan projek perumahan mewah manakala di Ladang Coalfield bakal dibangunkan projek komersial.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat perkara tersebut kerana jelas terdapat isu penyelewengan yang akan memberi kesan negatif kepada penduduk.

Suara Politik
Taminsari





1 ulasan:

Global Products & Services Review berkata...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.