Khamis, Jun 07, 2012

Azmin Ali Pucat Kena Soal Wartawan!




Melihat pada gambar semasa sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya, Rabu, jelas terpancar macam orang yang resah pada raut wajah Azmin Ali. Ada ketikanya Timbalan Presiden PKR ini merenung tajam jauh entah kemana.

Apakah beliau sedang mencari ilham untuk 'bersilat' nak berjawab dengan SPRM nanti bila dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan pemilikan harta dan wang bertimbun.

Sidang akhbar berkenaan diadakan untuk tujuan lain. Namun lumrah kerana isu panas SPRM akan buka balik fail kes dakwaan memiliki kekayaan yang jauh dari kemampuannya semasa jadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dulu, maka minat para wartawan yang hadir tentu lebih pada dirinya.

Lojik akal berkata kalau Azmin merasa dirinya tidak bersalah,beliau tidak harus merasa bimbang langsung untuk tidur nyenak dibuai mimpi indah. Berani kerana benar, takut kerana salah...tak begitu?

Kalau Azmin ada 10 sen dan dapat membuktikan beliau cuma ada 10 sen sahaja beliau tidak perlu ambil kisah sekalipun segunung dakwaan yang dilemparkan. Isunya di sini dengan gaji rasmi sekitar RM3,000 sebulan macam mana adiknya Ummi Haflida Ali boleh tunjuk sebilangan resit pembelian saham dan sebagainya yang dakwaanya mencecah RM 30 juta.

Ini termasuk dakwaan pemilikan oleh isterinya Shamsidar Taharin yang berstatus suri rumah. Itu baru apa yang didakwa oleh Ummi Hafilda belum lagi pihak-pihak lain. Hairan kenapa Azmin perlu mempertikaikan kredibiliti SPRM membuka balik kesnya dengan alasan ia sudah berlalu 17 tahun lampau.



Dakwanya beliau menjadi mangsa pertuduhan politik kerana PRU-13 sudah hampir. Azmin juga membandingkan kesnya dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sudah dilepaskan oleh SPRM kerana didapati tidak terlibat dalam urusan membuat keputusan pemberian pinjaman kepada NFC.

Ada yang berkata Timbalan Presiden PKR tidak sedar tindak tanduknya itu dengan sendirinya telah mencetuskan rasa curiga dimata orangramai. Menurut mereka beliau sepatutnya bawa bersabar mengalu-alukan siasatan SPRM supaya kebenaran muktamad diketahui.

Bagi mereka ini sudah menjadi rentak pembangkang kalau bab orang lain cepat-cepat suruh siasat tetapi terkena batang hidung sendiri terus menikus. Lebih melucukan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Selangor ini menyerahkan kepada rakyat menilai tindakan SPRM buka balik failnya selepas 17 tahun.

"Kami akan serahkan pada rakyat untuk membuat penghakiman dalam PRU akan datang," katanya.

Ramai yang kedengaran berkata wah senang hidup kalau begitu. Soalnya kenapa soal kalau betul kamu kaut harta bertimbun senang-senang hendak main sentimen buat kenyataan politik serahkan kepada rakyat menilainya.

Sejauh mana rakyat boleh menilai wang ringgit dan harta bertimbun yang mungkin tersorok disebalik segala macam akaun yang dilindungi oleh akta kerahsiaan bank. Kalau begitu senang sahaja selepas ini mana-mana pembesar dan tokoh politik yang menghadapi dakwaan boleh main pukul cakap serah kepada rakyat untuk menilainya.

Itu bunyi macam cakap orang nak pelepas tengkok. Soalnya siapa yang akan menyiasat dan menentukan kamu bersalah atau tidak. Dalam bab harta bertimbun yang tidak diketahui mana asal usulnya tentulah kerja SPRM untuk siasat.

Samada dakwaan itu 17 tahun atau 100 tahun lalu...kalau Azmin tahu pasti dalam poketnya hanya ada 10 sen beliau tidak harus gundah gulana merenung jauh semasa sidang akhbar. Kalau tidak salah tetap tidak salah. Lainlah kalau beliau tengah dok meraba nak bahagi,campur dan daraf macama mana adiknya,Ummi Haflida boleh ada resit sampai RM30 juta.

Ummi Haflida sendiri tahu kalau beliau kelentong, hal ini akan terjawab bila SPRM buat siasatan rapi nanti. Bab duit ini bukan susah untuk dikesan.

Azmin adalah lulusan metamatik dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Beliau tentu tahu nak kira dengan betul. Kalau rasa kurang yakin, bila-bila masa beliau boleh minta bantuan dari Pengarah Strategi PKR ,Rafizi Ramli yang merupakan seorang akauntan bertauliah.

Mereka boleh bakar lilin tengah malam untuk sama-sama menghitung.

Sebelum tuduh SPRM sengaja nak cari pasal dengannya Azmin perlu terlebih dahulu 'lihat kiri kanan' memastikan samaada RM30 juta yang didakwa Ummi Hafilda atau RM10 juta ke atau berapa sekalipun...ia mesti selari dengan pendapatannya RM3,000.

Bila perkiraan sebenar keluar nanti hasil siasatan SPRM,Azmin tidak perlu susah payah buat kenyataan.....ini kerana waktu itu rakyat sendiri tahu menilainya siapa benar siapa kelentong. -Agendadaily

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

mohd. natar berkata...

... Pepatah dahulu yang mengatakan Berani Kerana Benar dan Takut Kerana Salah sekarang ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi agaknya. Sebaliknya diubahkan satu lagi ungkapan yang berbunyi Berani Kerana Salah Takut Kerana Benar yang agak lebih sesuai dengan situasi sekarang. Ini kerana mereka berani berbohong dan menipu kerana telah melakukan kesalahan dan takut untuk berbohong kerana benar tidak melakukan sesuatu kesalahan. Cuba fikirkan. Ada logiknya tak? ...