Selasa, Jun 19, 2012

Benarkah Khalid Ibrahim Balaci Lim Kim Hong?






















Kaum India perlu bertanya mengapa Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan Dr. Mohamad Khir Toyo yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini? Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum india yang selama ini menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, Dr. Mohamad Khir Toyo telah membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.



















Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini pembohong atau jujur.

Persoalan yang besar mengapa MB yang mempertahankan I-City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Apa Hubungan Istimewa Khalid Ibrahim dan Lim Kim Hong!

Bagaikan tompok Harimau Bintang

Pepatih Inggeris berkata, “A leopard could never change it’s spot” atau terjemahannya, Harimau bintang tidak boleh membuang tompoknya. Ia bermaksud seseorang yang sifat dan naluri semulajadi sudah sedemikian, agak susah untuknya menukar.

Perhubungan lama dan rapat antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Dato Lim Kim Hong bukan lagi rahsia di kalangan ahli korporat tempatan.

Lim adalah bekas pemegang saham utama Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Berhad, dan kini menguasai Sumurwang Sdn Bhd dan I Berhad. Selain dikenali sebagai jenama elektrik dan IT, I-Berhad adalah pemaju yang membangunkan I-City di Shah Alam yang menelan belanja RM1.5 billion.

Dengan bantuannya, Khalid telah dapat mengumpulkan benih modal untuk membeli saham Guthrie yang ditawarkan padanya pada harga murah. Khalid pula membantu dalam beberapa urusniaga membeli jual syarikat dan perniagaan.

Setelah menjadi ahli politik dan berdegar dengan retorik pentadbiran yang bersih, telus dan cekap, adakah Khalid sudah merenggangkan hubungan urusniaganya dengan Lim?

Jika keadaan terdesak, berapa lama harimau bintang boleh terus menyembunyi tompoknya!





















Dari Ahli Korporat Ke Menteri Besar

Setelah kalah di pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat nafas baru untuk memenangi kerusi Dewan Undangan yang sama dan kerusi Parlimen Bandar Tun Abdul Razak pada pilihanraya Mac 8hb lepas.

Khalid diakui adalah seorang tokoh korporat yang telah memainkan peranan yang besar pada tahun-tahun awal Permodalan Nasional Berhad (PNB). Namun, diakhir-akhir kerjayanya dengan PNB, khususnya semasa mengurus Guthrie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), professionalisma dan etika kerjanya mula berubah dan pelbagai urusniaga mula mencurigakan.

Akhirnya Khalid dihentikan dari jawatan CEO dan khabarnya suatu penyasiatan telah dilakukan ke atas uruniaganya di dalam Guthrie. Sedikit demi sedikit telah didedahkan salahlaku urusniaga dalam pembelian saham dan pengurusan Guthrie.

Sebenarnya Khalid telah gagal sebagai ahli politik tetapi diselamatkan oleh tsunami politik. Dia bukan saja hidup kembali, malah ia suatu kejayaan besar dan dapat dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Nampaknya Khalid hanya pandai cakap sahaja. Ahli korporat ini tidak menampakkan keupayaan untuk mentadbir kerajaan negeri.

Laporan Polis

Pada hari Jumaat Jun 6hb, 2008, akhbar harian Sinar Harian melaporkan empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan polis tentang salah guna kuasa seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mengikut jurucakap kumpulan ahli PKR itu, Remy Iskandar, pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar. Penyelewengan itu didakwa melibatkan pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya dan mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti.

Laporan yang tidak mendapat liputan suratakhbar perdana mungkin merupakan “tip of the iceberg”. Mana mungkin seorang pegawai yang bekerja di pejabat Menteri Besar melakukan pemalsuan letterhead pejabat Menteri Besar? Adakah pegawai tersebut begitu bodoh untuk melakukan sesuatu kesalahan yang mudah dikesan?

Reaksi Khalid yang dilaporkan Sinar Harian Ahad seolah-olah membuat "ugutan" tindakan disiplin terhadap ahli-ahli PKR tersebut. Ramai ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Pejabat Kerajaan Negeri menyedari sesuatu perubahan.

Sebagai ahli korporat, Khalid pasti lebih cenderong untuk menggunakan pendekatan korporat untuk mengumpul dana bagi membiayai janji pilihanraya untuk Selangor dan mungkin sekali bersama, untuk urusan parti. Modus operandi bakal melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dan kerjasama rakan kroni yang mempunyai perhubungan peribadi yang lama dan sumber modal.

Mencurigakan

Sejak mutakhir ini, pejabat Menteri Besar enggan melayani ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat. Padahal mereka-mereka yang datang merupakan penyokong-penyokong PR dan mereka ini menawarkan produk, perkhidmatan, dan usahasama untuk membantu kerajan negeri.

Mengikut sumber-sumber, pejabat Menteri Besar hanya melayani mereka-mereka yang ada hubungan dengan I Berhad. Kemungkinan ada sesuatu yang tersirat di sebalik pengumumman Khalid untuk membatalkan polisi DEB dan mengulang polisi tender terbuka yang sudah diamalkan dari pentadbiran sebelum ini.

Khalid ada mengumumkan odit forensik akan dibuat terhadap kesemua syarikat-syarikat kerajaan negeri. Ramai mungkin menjangka ini bertujuan untuk mencari salah pengurusan yang lepas. Sebenarnya, ia untuk mencari sebab untuk membatalkan kontrak-kontrak yang ada untuk diambilalih oleh kroni-kroni Khalid seperti I Berhad atau lain-lain syarikat Lim Kim Hong.

Desas desus mengatakan kumpulan ini dijangka mendapat kelulusan untuk membangunkan tanah-tanah tertentu di kawasan prima di Lembah Klang. Seiringan dengan desas desus ini, Khalid telah cuba untuk meyakinkan DYMM Sultan Selangor untuk melantik seorang kroninya sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kroni ini mendapat bantuan Khalid untuk naik dari Pengurus biasa hingga menjadi CEO Kompleks Kewangan. Kemudian, beliau terlibat dengan MRCB, Media Prima dan Realmild Sdn Bhd. Kini beliau adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, EON Capital Berhad, dan Cahaya Mata Sarawak Berhad, selain Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji.

MAIS mempunyai pegangan hartanah yang banyak dalam Selangor dan tokoh-tokoh korporat ini, khususnya kroni Khalid Samad tentu dibawa untuk membangunkan hartanah. Tentu sekali pembangunan hartanah memerlukan rakankongsi yang bermodal dan syarikat pembangunan hartanah.

Masalah Peribadi?

Ramai mempercayai Khalid sebagai mantan Bendahari banyak menyumbang kepada pembiayaan operasi PKR. Difahami dari sumber dalaman Bank, Khalid kini mempunyai masaalah hutang dengan sebuah Bank. Saham Guthrie yang telah dicagar telah jatuh dari paras harga margin dan jualan tidak mencukupi untuk menampung hutang.

Maka, bantuan seorang rakan lama seperti Lim Kim Hong amat diperlukan untuk menyelesaikan masaalah peribadinya yang dikatakan mencapai jumlah jutaan ringgit dan komitmennya membantu kewangan PKR.

Dalam dunia perniagaan, saya garuk belakang awak dan awak garuk belakang saya. Hanya harimau bintang yang tidak boleh membuang tompoknya.

Wallahuallam...

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: