Ahad, Jun 24, 2012

Sogokan seks bekas pegawai Singapura?




Singapura yang sering diletakkan dalam senarai negara yang 'bersih' daripada amalan rasuah, baru-baru ini dicemari dengan kes sogokan seks membabitkan dua bekas pegawai kanannya.

Bekas Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Peter Lim Sin Pang, 52, didakwa pada 6 Jun lalu dan enam hari kemudian, bekas Pengarah Biro Pusat Narkotik (CNB), Ng Boon Gay, 46, pula dihadapkan ke mahkamah.

Sin Pang berdepan dengan 10 tuduhan menerima layanan seks daripada tiga wanita antara Mei 2010 dan November 2011 sebagai dorongan memilih syarikat mereka untuk mendapat tender berkaitan teknologi maklumat (IT) di SCDF.

Kesemua wanita yang terbabit dalam skandal seks itu merupakan pegawai-pegawai yang memegang jawatan tinggi dalam syarikat masing-masing.

Berdasarkan laporan portal berita asiaone.news, Pang Chor Mui yang merupakan pengurus besar Nimrod Engineering didakwa melakukan seks oral terhadap Sin Pang di tempat letak kereta di Stadium Tertutup Singapura pada 2 Mei 2010.

Sin Pang juga didakwa melakukan hubungan seks dengan Pengarah Pusat Radiasi Singapura, Lee Wei Hoon di antara 18 dan 21 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Paris diikuti layanan seks oral di tempat letak kereta di Big Splash di East Coast Park, Singapura pada 23 November 2011.

Sementara Esther Goh Tok Mui yang merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan di NCS Private Limited didakwa melakukan hubungan seks dengan Sin Pang sebanyak tujuh kali di antara April dan September tahun lalu di beberapa tempat termasuk di tempat letak kereta berdekatan Marina Bay Golf, di apartmen di Tanjong Rhu, tempat letak kereta di Stadium Tertutup Singapura dan sebuah flat di Clementi.

Sementara Boon Gay yang diberkas pada Disember tahun lalu berdepan dengan empat tuduhan mendapat layanan seks oral daripada Cecilia Sue Siew Nang dalam empat kejadian di antara Jun dan Disember 2011.

Siew Nang merupakan Pengurus Jualan di Hitachi Data Systems di antara Jun dan November 2011 dan kini berkhidmat di syarikat Oracle Corporation Singapore sejak Disember tahun lalu sebagai Pengurus Kanan Jualan.

Sebagai pertukaran daripada habuan yang diterima, Boon Gay didakwa memberikan kepentingan perniagaan kepada kedua-dua syarikat IT itu dalam urusan membabitkan CNB.-UMO

Suara Politik
Taminsari..

1 ulasan:

Tukang Komen berkata...

Dua kes tersebut just tip of the iceberg. Singapore memang corrupted. Tempat parking pun boleh jadi tempat sex.