Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Jun 27, 2012
PAS Wajar Akui Kelemahan Di Kelantan!
Kemajuan atau kemunduran sesebuah negara atau negeri sering dikaitkan dengan beberapa faktor ekonomi termasuk geografi, sumber alam, hasil semulajadi serta sikap penduduk.
Ada negara yang kecil dari segi saiz dan jumlah penduduknya, tetapi disebabkan mahir menggunakan jentera ekonominya, negara itu dapat bersaing dengan negara lain. Sekaligus, rakyat mampu menyaingi kebolehan rakyat negara lain.
Begitu juga, ada negara tidak mempunyai sumber hasil semulajadi tetapi di sebabkan berjaya menggunakan kepakaran rakyatnya, negara itu dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya.
Negara seperti ini biasanya berjaya menyediakan golongan profesional dalam pelbagai bidang. Ia bermula dengan sistem pendidikan terancang. Apabila berlaku perubahan dari segi teknologi, rakyat negara itu mudah menyesuaikan diri.
Ada juga negara yang besar saiz dan kaya hasil mahsulnya, tetapi disebabkan pemimpinnya terlalu jumud, mereka tidak dapat menggerakkan ekonomi, maka negara itu terus miskin. Kekayaan yang ada di negara itu tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Akibatnya, kehidupan rakyat tidak berubah. Jika dulu petani dengan pendapatan rendah, sekarang pun mereka masih bertani dengan pendapatan juga tidak pernah bertambah. Bagi negara atau negeri seperti ini, mereka sering meletakkan kesalahan kepada orang lain.
Dalam menguruskan ekonomi, saiz sesebuah negara atau negeri, bukanlah faktor utama. Ramai pakar ekonomi berpendapat, lebih kecil sebuah negara atau negeri itu, lebih mudah diuruskan asalkan penggerak ekonominya mempunyai wawasan untuk memajukan negara atau negerinya.
Jika peka terhadap kemajuan, negara atau negeri miskin pun boleh dimajukan. Jika tidak mempunyai sumber ekonomi sekalipun, mereka boleh meneroka bidang baru yang boleh memberi pulangan besar.
Hakikatnya, negara atau negeri yang kaya dengan pelbagai sumber asli sekalipun tidak dapat digerakkan jika pemimpinnya tidak bertekad untuk memajukan negara atau negeri mereka. Apatah lagi jika ia dipimpin oleh golongan yang tidak mempunyai wawasan.
Malaysia, umpamanya, tidak akan maju seperti hari ini jika dipimpin oleh golongan yang berfikiran orthodoks. Malaysia tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada sektor pertanian untuk maju.
Oleh itu, kerajaan terpaksa memikirkan pelbagai perusahaan berasaskan teknologi untuk membolehkannya bersaing. Hari ini, Malaysia adalah antara negara yang meneroka bidang teknologi maklumat (IT).
Sekiranya negara ini masih lagi bergantung lagi kepada sektor pertanian, pastinya keadaan 30 atau 40 tahun lalu, terus kekal. Kelantan berpotensi untuk maju. Negeri itu mempunyai pelbagai faktor ekonomi yang diperlukan sebagai prasyarat untuk kemajuan.
Prasyarat ekonomi di Kelantan, sebenarnya sudah lengkap. Tetapi disebabkan sikap dan pemikiran pemimpinnya yang masih kuno, kemajuan Kelantan sukar diganjakkan. Kerajaan Kelantan ketika diambil-alih oleh Pas sudahpun mempunyai kemudahan infrastruktur yang tersusun rapi.
Segala kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan elektrik dan air semuanya sudah lengkap. Sumber kekayaan negeri itu hanya menunggu masa untuk diterokai untuk kebaikan rakyat negeri tiu. Asas untuk maju sudah dibekalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.
Tetapi sejak memerintah negeri itu dalam tempoh empat penggal lalu, tidak banyak perubahan dilakukan Kerajaan Pas. Masih ramai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan sedangkan rakyat Kelantan memang dikenali dengan semangat rajin bekerja. Apakah silapnya?
Walaupun Kelantan mempunyai potensi besar tetapi peluang rakyat untuk maju ditutup oleh corak pemerintahan Kerajaan negeri yang sempit. Mereka tidak dapat memajukan diri disebabkan kerajaan negeri tidak dapat melihat peluang dalam bidang ekonomi yang begitu luas.
Lihat saja rakyat Kelantan di bandaraya lain, umumnya di Kuala Lumpur, mereka adalah antara yang ramai berjaya dalam bidang masing-masing. Mengapakah mereka tidak dapat maju di negeri sendiri?
Kerajaan Kelantan seharusnya berani mengakui kelemahan sendiri. Mereka perlu menerima hakikat gagal mentadbir Kerajaan negeri itu dengan baik.
Bagi menutup kelemahan, pemimpin kerajaan Pas Kelantan memberi pelbagai alasan melindungi kegagalan mereka. Paling jelas mereka cuba mengabui mata rakyat dengan memisahkan antara kehidupan di dunia dengan akhirat.
Apabila rakyat dikelirukan supaya mementingkan kehidupan di akhirat, secara sendirinya kegagalan mereka memajukan Kelantan, berjaya ditutup. Kemungkinan, kerajaan Pas mahu rakyat Kelantan terus mundur dan dibelenggu kerana dengan cara itu mereka mudah dipengaruhi.
Pas gunakan mandat rakyat Kelantan hanya untuk kepentingan politik yang sempit!!!
Apa fikir lagi, JOM TOLAK PAS..!!!
Baca di Forum Utusan.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Negeri Kelantan sebenarnya malang kerana mempunyai pentadbir yang tidak ikhlas.
Jika Nik Aziz ikhlas dengan dirinya, tentu sudah dia mengundur diri dan biarkan Kelantan ditadbir oleh mereka yang lebih berkebolehan untuk bangunkan negeri tumpah darahnya. Dia boleh berganding bahu sebagai ulama dengan umara. Aku percaya dia akan lebih disanjung tinggi bukan saja oleh pengikutnya dan penyokong PAS tetapi juga oleh umat Islam yang lain.
Jika Husam Musa juga ikhlas, beliau juga seharusnya mengundur diri. Tidak cukup sekadar berbangga dengan projek hayalan yang bernilai berbilion ringgit jika tidak mampu diterjemahkan kepada kenyataan. Cukup sedih bila keperluan asas seperti air pun tidak dapat ditadbir dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat.
Malang juga kerana majoriti rakyat Kelantan taksub dengan ketua yang bertaraf nabi hingga tidak boleh berfikir dengan jelas dan waras. Mereka bukan saja menzalimi diri sendiri tetapi juga anak cucu dan generasi akan datang. Mungkin tidak salah kalau aku kata mereka ini kolot tegar, tidak mahu berubah.
wak luuuu hina kelantan. Keturunan ape mung niii
Saudara PMG, ikhlaslah dengan diri sendiri. Janganlah berfikiran sempit, menidakkan yang benar. Jika saudara selesa dengan apa yang sedia ada, alhamdulillah. Tetapi janganlah fikir orang lain pun begitu juga.
Bagi saya, tak semestinya mengubah pemerintah satu2nya tindakan untuk merasa perubahan. Tak perlu gulingkan pemerintah yang ada. Beri kesedaran kepada mereka yang rakyat mahu perubahan pun sudah merupakan satu usaha yang baik ke arah itu. Buka minda biar lebih luas. Melakukan perubahan tidak semestinya membawa kemusnahan jika kita yang mengawalnya. Demokrasi tidak semestinya kita berhak menuntut segala jenis kebebasan yang ada. Sebab itulah Kerajaan Malaysia mahu mengawal demonstrasi jalanan, LBGT dan sebagainya. Kita pilih apa yang terbaik untuk negara kita. Tetapi apa usaha baik yang ingin dibuat tidak akan berjaya jika kita tidak sehaluan, membantu dan menyokong.
PAS sebagai parti yang berteraskan Islam tidak perlu menjadi UMNO, malah tidak perlu pun keluar dari Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka mengenai LBGT. Tetapi sayang, kerana lorong perjuangan yang sempit, mereka mengangguk saja setiap apa yang diperkatakan DAP dan PKR. Kenapa DAP berani pertikai mengenai ‘negara Islam’ tetapi PAS tidak berani bersuara mengenai LBGT? Kenapa PAS tidak berani bersuara mengenai kelab malam dan kilang arak di negeri2 pemerintahan Pakatan? Adakah PAS sudah menghalalkan itu semua untuk menjadi rakan kongsi Pakatan. Adakah PAS akan terus menjadi juru angguk sekiranya Pakatan dapat memerintah Malaysia nanti?
Saudara dan juga pemimpin PAS perlu ikhlas dalam memperjuangkan Islam. Yang baik harus disokong, yang mungkar harus disanggah, tidak kira siapa yang melakukannya. Kelemahan harus diperbetulkan, dan banyak cara untuk lakukannya. Fikir dan pilihlah cara yang terbaik supaya labu yang hendak dibaiki tidak hancur.
Catat Ulasan