Ahad, Jun 17, 2012

Kisah Pembohongan Dan Kezaliman PR di Selangor!




Berikut adalah diantara tawaran-tawaran ataupun janji-janji manis yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat semasa PRU ke 12 yang lalu. Setelah 4 tahun lebih memerintah negeri Selangor Darul Ehsan, maka inilah hasil-hasil yang telah dijanjikan oleh mereka! Janji memang mudah, nak melaksanakan amat sukar sekali - Janji hanya tinggal janji sahaja!

Perkara Antara Janji-janji PRu ke 12 yang tak terlaksana

1.) 16 September 2008, Perhimpunan Perdana
Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ,
Kelana Jaya kononnya pembentukan “kerajaan
baru Malaysia”.

Status : BOHONG - ( Tidak Berlaku )

2.) Kerajaan negeri mensasarkan kutipan hasil
pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.
Tetapi royalti pasir 2009 hanya RM 4,6 juta.

Status : BOHONG - ( Tidak Berlaku )

3.) Kerajaan negeri mengumumkan Pakej
Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima
projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi
RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan
swasta.

Status : BOHONG - ( Tidak Capai )

4.) Kerajaan Selangor "membeli" hutang syarikat
korporat Talam Corporation menggunakan
wang kerajaan / duit rakyat bernilai RM 392
juta.

Status : ZALIM - ( Tidak Bermoral )

5.) Kerajaan Selangor merampas aset tanah YBK
di Serendah dan memulangkan bayaran cukai
tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah
dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan
persetujuan Bendahari Negeri Selangor.

Manifesto - Urustadbir Berwibawa.

Status : ZALIM - ( Salah Guna Kuasa )

6.) Memastikan semua pemimpin bersih dari
rasuah.

Status : BOHONG - ( Tidak Jelas )

7.) Menghentikan campur tangan politik dalam
perniagaan.
Manifesto – Sosial & Kebajikan.

Status : BOHONG - ( Tidak Jelas )

8.) Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap
anak yang dihantar ke nurseri.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

9.) Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi
pendidikan pra-sekolah.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

10.) Memberi bantuan kepada anak-anak muda
untuk mendirikan rumah tangga.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

11.) Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi
bagi belia.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

12.) Memberi elaun ibu tunggal yang layak

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

13.) Memberi elaun khas suri rumah yang memilih
untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil
mereka.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

14.) Membantu setiap rakyat Selangor untuk
mendapatkan kediaman sendiri.

Manifesto – Kesihatan Rakyat

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

15.) Menyediakan perubatan percuma untuk warga
65 tahun ke atas.

Manifesto – Ekonomi Rakyat

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

16.) Menyediakan premis perniagaan yang cukup

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

17.) Memberi bimbingan perniagaan kepada
golongan belia dan wanita muda.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

18.) Galakan kepada belia dan wanita muda
berniaga - sewa minimum / membayar air dan
elektrik dua tahun pertama.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

19.) Mengurangkan cukai pintu kediaman
20% dan cukai premis komersial - 10%.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

20.) Program bagi rakyat miskin - petani dan
nelayan jana pendapatan yang lebih tinggi di
atas garis kemiskinan.

Manifesto – Keselamatan Rakyat

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

21.) Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan
sistem baru yang lebih berkesan.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

Antara Janji-janji Lain:

22.) Melaksanakan Pilihan Raya Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tidak boleh dilaksankan kerana tiada dalam peruntukan mana-mana akta.

Status : BOHONG - ( Tidak Terlaksana )

Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa dan selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan. Adakah di PRU ke-13 ini nanti Pakatan Rakyat sekali lagi bakal menghidangkan atau menaburkan janji-janji baru selepas gagal melaksanakan janji-janji terdahulu semata-mata untuk mendapatkan undi!

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 4 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.



Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: